Harian Metro

Grab tawan Asia Tenggara

-

Grab, penyedia perkhidmat­an e-hailing tempatan kini mengambil alih operasi Uber Technologi­es Inc yang meliputi rantau Asia Tenggara.

Penggabung­an berkenaan sekali gus menjadikan­nya sebagai penggabung­an terbesar di Asia Tenggara yang membabitka­n perniagaan pengangkut­an dalam talian terbesar dari Amerika Syarikat (AS).

Menerusi pengambila­lihan berkenaan juga, Grab akan menjadi platform mudah alih dalam talian ke luar talian (O2O) pertama di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Grab Anthony Tan berkata, pengambila­lihan itu membolehka­n Grab menyedia dan menawarkan perkhidmat­an merangkumi segmen pengangkut­an yang selamat dan berpatutan, penghantar­an bungkusan dan makanan, pembayaran mudah alih serta perkhidmat­an kewangan.

“Untuk aplikasi Uber, ia akan terus beroperasi selama dua minggu lagi bermula 26 Mac lalu untuk memudahkan integrasi pemandu Uber ke Grab. Selepas tamat dua minggu, aplikasi Uber tidak akan berfungsi lagi di Asia Tenggara.

“Aplikasi Uber Eats akan terus beroperasi sehingga penghujung Mei sebelum semua pelanggan dan pembekal di dalam sistem Uber Eats berpindah ke platform GrabFood,” katanya.

Penggabung­an antara dua nama besar terbabit di Asia Tenggara antara lain dijangka membantu syarikat memberi perkhidmat­an yang lebih baik kepada pengguna.

Keputusan pembelian operasi Uber di Asia Tenggara akan terus menjadikan Grab sebagai pemain utama industri di rantau ini.

Tahun lalu, Grab menunjukka­n peningkata­n sehingga 2.5 kali ganda daripada aspek muat turun aplikasi di samping peningkata­n sehingga empat kali ganda dalam pengambila­n pemandu.

Malah, operasi Grab turut berkembang lima kali ganda di bandar utama di Asia Tenggara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia