Harian Metro

UNTUK PEMBURU MAKANAN JALANAN

- PERHATI WARNA MAKANAN PEKA CARA PENYEDIAAN

Teliti tip ini sebelum mencuba makanan jalanan di mana-mana

dua kali.

Jauhi makanan jalanan dekat dengan tempat pembuangan sampah, longkang ataupun sungai yang tercemar.

Kadangkala, bukan hanya tempat pembuangan sampah yang besar, tong sampah yang biasa diletakkan di tepi jalan itu juga antara faktor membawa penyakit. Selain bau busuk, lalat, nyamuk dan hal lain berkaitan pastinya memberi kesan kepada makanan dan selera.

Untuk menghindar­i daripada terkena keracunan makanan, cirit-birit, elak daripada membeli dan cari tempat makan yang lain.

Antara pasti tahu beberapa jenis makanan yang sering anda makan. Contohnya bebola ikan dan daging, sayuran segar bahkan kuah sup dan sos.

Sebelum makan, perhatikan terlebih dulu warna sos yang dihidangka­n. Sekiranya warna itu kelihatan terlalu ‘aneh’, dengan warna cili merah seperti tiruan, lebih baik elak daripada makan.

Ini kerana beberapa jenis makanan yang mengandung­i pewarna adalah berbahaya kepada tubuh kerana mampu mengundang kepada penyakit kanser.

Jangan tertipu juga dengan warna buah segar yang dijual di jalan. Ada antaranya dicelup dengan pewarna tiruan iaitu methanil yellow untuk mangga dan rhodamin B untuk tembikai.

Sudah biasa kita dengar penyedap makanan digunakan di mana-mana, antara yang terkenal adalah mosodium glutamate (MSG).

Untuk pengetahua­n anda, penggunaan MSG dalam makanan perlulah dalam jumlah yang tertentu. Namun, bagi penjual jalanan, mereka tidak mengendahk­an hal ini kerana apa yang lebih penting adalah rasa untuk tarikan pelanggan.

Jika anda ternampak mereka menambah MSG dalam makanan secara terang-terangan, sebaikbaik­nya minta untuk tidak diletakkan. Tidak salah untuk mengurangi rasa sedikit asalkan tubuh terjaga.

Hal lain adalah minyak. Makanan jalanan jenis kudapan seperti pisang, ubi, tauhu, tempe, martabak memerlukan minyak untuk dimasak.

Jadi lebih peka dengan melihat warna minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan tadi. Sekiranya sudah hitam ataupun makanan itu sendiri agak gelap warnanya, bermaksud minyak itu sudah digunakan berkali-kali dan bahayanya, ia berisiko menyebabka­n kanser.

Walau di mana pun anda mahu mencuba makanan jalanan, pastikan mata dan deria lain lebih peka untuk kesihatan masa depan. Jangan terlalu mengikut selera akhirnya merana di kemudian hari.

 ??  ?? PELBAGAI pilihan makanan jalanan menjadi 'kegilaan' ramai.
PELBAGAI pilihan makanan jalanan menjadi 'kegilaan' ramai.
 ??  ?? PERHATIKAN warna minyak dan makanan.
PERHATIKAN warna minyak dan makanan.
 ??  ?? PEKA dengan lokasi.
PEKA dengan lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia