Harian Metro

PUBG MOBILE KEGILAAN RAMAI

- BUTANG KAWALAN YANG MUDAH PERBEZAAN DI PC DAN PERANTI PINTAR

Permainan

tembakmene­mbak popular di PC

ini akhirnya tiba di iOS dan

Android

penembakan tunggal di telefon pintar. Kalau ada pun, ia mungkin tak dijual melalui pengedar rasmi.

Dari segi kawalannya, anda bergerak menggunaka­n butang kawalan dan boleh menukar sudut kamera dengan menghalaka­n jari hingga ke hujung skrin. Lebih mesra pengguna, terdapat butang di skrin untuk membuka beg sandang, membongkok dan juga melompat.

Tembakan juga mudah dilakukan tapi jika ada musuh tiba-tiba muncul dari belakang, mungkin agak sukar untuk mengalih sudut kamera dan membidik menerusi skop dalam masa dua saat sebelum anda ditembak.

Agak mengecewak­an juga apabila butang tembakan sangat dekat dengan kawasan jari anda bergerak.

Sebagai contoh, anda mungkin melepaskan tembakan tanpa sengaja dan ia membuatkan musuh mengenal pasti lokasi sebenar. Ia juga sukar jika anda ingin mengambil barangan lain seperti ‘item’ penyembuha­n.

Pengalaman bermain PUBG Mobile sangat berbeza berbanding di PC dan konsol. Anda perlu meluangkan masa menyorok di belakang pokok, berlari ke dalam rumah tanpa dijejaki. Tapi di peranti pintar, anda mungkin akan jadi lebih berani kerana rata-rata pemain mempunyai kesukaran untuk membidik dengan tepat.

Masih belum pasti jika ini disebabkan pemain berlawan dengan ‘bot’ ataupun kerana terdapat pemain yang tidak biasa dengan genre ini sekali gus menyenangk­an anda menjuarai setiap perlawanan.

Tencent juga memberi kemudahan kepada pemain. Apabila anda bergerak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia