Harian Metro

Elak uban sebelum waktu

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my 1. Kurangkan stres 2. Minum banyak air masak 3. Sapu minyak kelapa 4. Makan lebih protein 5. Tidur secukupnya 6. Bersenam 7. Tambah lobak dalam makanan 8. Lebihkan vitamin B12 9. Jangan merokok 10. Lebihka

Satu pertiga golongan muda bawah 30 tahun alami

masalah rambut beruban

Masalah rambut beruban bukan saja sering berlaku dalam kalangan golongan berusia 30 tahun ke atas malah orang muda juga berpotensi mengalami masalah ini.

Sedikit sebanyak, rambut beruban menyebabka­n anda kurang keyakinan diri dan malu jika sehelai rambut beruban dilihat orang di sekeliling.

Mentaliti segelintir orang pula beranggapa­n remaja yang mempunyai rambut beruban disebabkan sikap mereka yang ‘mak cik-mak cik’ sekali gus menyebabka­n perubahan warna pada rambut.

Sebenarnya, anda tidak keseoranga­n kerana satu pertiga golongan muda berusia bawah 30 tahun mengalami masalah rambut beruban dan jangan berasa malu.

Rambut beruban berpunca akibat kekurangan melanin dalam badan menyebabka­n rambut semakin hilang warnanya.

Oleh itu bagi mengelakka­n uban terus ‘merajai’ keseluruha­n rambut anda, ikuti tip mencegah rambut uban yang Gen Y senaraikan ini.

Percaya atau tidak, stres dan terlalu banyak berfikir punca anda berdepan dengan masalah rambut beruban. Ini kerana kepala anda mengalami tekanan berlebihan menyebabka­n rambut tidak dapat tumbuh dengan sihat.

Memang benar tanggungja­wab pekerjaan masa kini menuntut remaja dalam bulatan tekanan tetapi pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengurangk­an stres. Sekiranya anda stres, cuba tenangkan diri selama 10 minit sebelum kembali menjalanka­n tugas harian.

Tidak dinafikan kebanyakan remaja

‘liat’ minum air masak menyebabka­n berlakunya dehidrasi atau kulit kering.

Apabila dua perkara itu berlaku, ia akan menyebabka­n rambut bertukar menjadi uban dan rosak kerana menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut.

Anda harus ingat bukan saja penjagaan kulit memerlukan air secukupnya, nutrisi rambut juga sangat penting.

Selain itu, kurangkan makanan bergoreng, berasid dan pedas kerana ia mempercepa­tkan kekurangan air dalam badan. Sebaik-baiknya, minum lapan gelas air masak dan lebihkan sayur-sayuran dalam makanan anda.

Selain menggunaka­n perapi rambut, gunakan alternatif menyapu minyak kelapa pada rambut tiga kali seminggu. Sapuan berterusan mampu membantu menguatkan rambut dan mengatasi masalah beruban.

Minyak kelapa memberi kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut dan kandungan antioksida­nya melindungi rambut daripada berubah warna.

Caranya juga sangat mudah, anda hanya ratakan minyak kelapa pada rambut dan urut perlahan-lahan. Tambahan pula, minyak kelapa mudah didapati dan murah berbanding perapi rambut.

Bagi memiliki rambut hitam dan bersinar, pemakanan yang sihat juga antara faktor penting.

Tahukah anda protein baik untuk kesihatan kulit dan rambut?

Antaranya makanan yang mempunyai protein adalah telur, badam, dada ayam, gandum, yogurt, keju, susu, tuna dan banyak lagi.

Kalau anda rasa malas hendak dapatkan rambut hitam bersinar menggunaka­n bahan alami, makan pun boleh menyihatka­n rambut.

Selain pemakanan, tip mencegah rambut beruban adalah dapatkan tidur yang cukup. Faktor tidak cukup tidur menjadi punca rambut anda cepat beruban.

Tidur cukup lapan jam sehari membantu badan anda lebih segar, fikiran lebih tenang dan lebih efektif dalam menjalanka­n tugas harian.

Jangan beri alasan terlalu sibuk dengan kuliah dan kerja sehingga tiada masa untuk bersenam. Senaman sangat penting untuk membantu pengaliran darah yang sempurna sekali gus melambatka­n rambut bertukar warna sebelum waktunya.

Oleh itu, mulakan bersenam urut kepala sekurang-kurangnya lima minit setiap pagi untuk merangsang pengaliran darah di kepala.

Demi mengekalka­n rambut hitam bersinar, lebihkan lobak dan sawi dalam setiap makanan harian anda.

Ini kerana dua jenis sayur-sayuran ini mengandung­i iodin yang tinggi dan membantu mendapatka­n rambut hitam, ikal mayang dan sihat. Kalau anda tidak percaya, cuba amalkan tabiat ini selama seminggu dan lihat hasilnya sendiri.

Tahukah anda kurang pengambila­n vitamin

B12 antara punca rambut beruban?

Selalunya vitamin B12 amat mudah didapati dalam makanan seperti daging lembu, pisang, telur, ikan, keju dan daging kambing.

Oleh itu, jangan elakkan makan senarai makanan ini kerana sangat berpotensi membantu menyelesai­kan masalah rambut beruban anda.

Kajian perubatan membuktika­n merokok bukan sahaja merosakkan paru-paru malah memberi tekanan pada rambut menyebabka­n penghisap rokok tegar terutamany­a mudah mengalami masalah rambut beruban.

Kuprum merangsang peningkata­n melanin yang mengekalka­n rambut berwarna hitam.

Makanan yang kaya dengan kuprum adalah kacang walnut, badam, keladi, sawi, daging, buah beri hitam, nanas, delima dan biji labu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia