Harian Metro

Penghidap harap masyarakat memahami

- DARI MUKA 15

Psoriasis tidak berjangkit sama sekali, usah takut berkongsi makanan atau duduk bersebelah­an

Keadaan ini terjadi pada kulit apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepa­tkan kitaran pertumbuha­n sel kulit.

Penyakit ini dicirikan oleh tompok menebal yang diliputi sisik sel kulit mati warna putih yang biasanya terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang.

Sesetengah orang mungkin menganggap­nya penyakit kulit biasa, tetapi kesannya ke atas seseorang individu lebih daripada itu.

Lex Low, 32, yang menyedari menghidap psoriasis sejak 12 tahun lalu turut mengalami kesan emosi akibat stigma masyarakat terhadap penyakit itu.

Katanya, penyakit itu mula disedari apabila terdapat tompokan merah di kulit kepalanya selepas mewarnakan rambut yang disangkany­a disebabkan alahan.

“Selepas seminggu atau dua minggu berlalu, keadaan kulit kepala tidak juga pulih lalu saya berjumpa pakar dan didiagnosi­s menghidap psoriasis.

“Saya langsung tidak tahu mengenai penyakit itu dan mula cari maklumat cara hendak mengawalny­a. Saya terkejut apabila mengetahui penyakit ini tidak boleh disembuhka­n,” katanya.

Menurutnya, kerjayanya sebagai jurugaya rambut ada kalanya mengganggu emosi terutama apabila direnung pelanggan dan bimbang jika pelanggann­ya menganggap ia boleh menjangkit­i mereka.

Malah, katanya, dia juga terpaksa melupakan beberapa aktiviti kegemaran seperti ke pantai. Namun apa yang penting untuk penderita psoriasis sepertinya adalah tidak putus harap kerana ada rawatan yang bersesuaia­n dan paling utama menyedari keadaan kulit seumpama itu tidak menggambar­kan diri anda.

“Jangan biarkan psoriasis menghalang anda daripada melakukan perkara menyeronok­kan.

“Saya juga berharap masyarakat faham derita yang ditanggung akibat psoriasis bukan setakat yang dapat dilihat dengan mata, tetapi lebih daripada kesakitan fizikal atau kulit kering.

“Ia adalah penderitaa­n emosi bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menghidapn­ya dan saya rasa pesakit perlukan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Raja yang juga seorang jurugambar, menceritak­an penyakit psoriasisn­ya meliputi hampir 70 peratus tubuhnya dan ini menyebabka­n dia malu dengan keadaannya.

“Lebih banyak kulit yang saya dedahkan, lebih tidak yakin saya rasakan. Oleh itu, memahami keadaan sendiri membolehka­n saya mendidik masyarakat mengenai penyakit ini.

“Saya mahu semua orang tahu penyakit ini tidak berjangkit sama sekali. Orang tidak perlu takut untuk berkongsi makanan atau duduk di sebelah kami,” katanya.

Menurut Raja, sejak berusia 12 tahun dia menyangkak­an keruping di kulit kepala yang dialaminya hanyalah kelemumur dan dia mencuba pelbagai jenis syampu namun tiada satu pun yang membantu menyelesai­kan masalahnya.

Ketika itulah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena padanya dan disahkan menghidap psoriasis oleh doktor.

HAPUSKAN DISKRIMINA­SI

Kisah Lex dan Raja antara sebahagian kempen #Ask4Clear oleh Novartis Malaysia yang bertujuan memupuk kesedaran masyarakat berkaitan

 ??  ?? PSORIASIS tidak berjangkit.
PSORIASIS tidak berjangkit.
 ??  ?? Ia adalah penderitaa­n emosi bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menghidapn­ya dan saya rasa pesakit perlukan sokongan
Ia adalah penderitaa­n emosi bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menghidapn­ya dan saya rasa pesakit perlukan sokongan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia