Harian Metro

Tampil cantik

-

buah pinggang. Bahan ini unik kerana kemampuann­ya meresap masuk dalam kulit dan salur darah apabila disapu pada kulit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Hari Terbuka Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2018, baru-baru ini.

Menurut Dr Nor Fadhlina, agak membimbang­kan apabila sejak kebelakang­an ini, semakin ramai mengambil produk makanan tambahan tanpa nasihat doktor terutama wanita yang ghairah untuk cantik.

“Trend terkini menunjukka­n semakin ramai wanita mengalami kegagalan buah pinggang berbanding lelaki.

Antara sebabnya adalah pengambila­n bahan terlarang yang terdapat dalam produk kecantikan,” katanya.

Justeru beliau menegaskan agar pengguna sentiasa berwaspada dan mendapatka­n nasihat doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan atau menggunaka­n produk kosmetik selain memastikan ia mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, sempena Hari Terbuka NKF, pelbagai aktiviti dianjurkan badan itu bagi memberi maklumat berkenaan penyakit bahaya itu.

Antara aktiviti dijalankan termasuk pemeriksaa­n kesihatan percuma, ceramah kesihatan dan kempen pendermaan organ bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya membantu pesakit yang memerlukan organ seperti buah pinggang.

Dalam pada itu, seorang pesakit buah pinggang kronik, A Kamalam, 68, berkata, amalan pemakanan kurang sihat sejak usia muda menjadikan wanita itu kini berdepan pelbagai penyakit kronik.

Menurutnya, minuman berkarbona­t dan coklat antara makanan yang wajib ada dalam menu seharianny­a, malah sejak usia remaja lagi wanita itu menjadikan minuman berkarbona­t sebagai teman setia.

Akibatnya, apabila usianya menginjak 30 tahun dia didiagnosi­s menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi hingga menjejaska­n tahap kesihatann­ya.

“Saya mula bekerja di kilang pada usia 12 tahun. Ketika itu saya masih terlalu muda untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai amalan. Coklat dan minuman berkarbona­t menjadi santapan harian kerana mudah dibeli.

“Jadual makan pula tidak teratur disebabkan saya sibuk bekerja sepanjang hari. Jadi, saya hanya bawa air berkarbona­t dan mengambil roti disapu mentega kacang sebagai bekal.

“Pada usia yang masih muda saya disahkan doktor menghidap diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung, selain masalah buah pinggang enam tahun lalu,” katanya.

Akibat kegagalan buah pinggang yang dihidapi, Kamalam terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu di NKF dan kini sudah masuk tahun keenam menerima rawatan itu.

Katanya, dia menyedari akibat tidak menjaga pemakanan sejak usia muda menyebabka­n dia menanggung natijahnya kini dan berharap dua orang anaknya tidak mengikut jejak langkahnya.

“Pada tahun pertama mendapat tahu buah pinggang tidak lagi berfungsi, dialisis tidak dapat dilakukan kerana jantung saya masih lemah. Sebelum ini, saya juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Sebelum dikesan menghidap masalah buah pinggang, beberapa gejala dialami seperti kaki bengkak, tidak boleh bernafas dan cepat letih apabila berjalan.

“Kini pergerakan saya agak terbatas kerana penyakit ini, saya hanya boleh melakukan aktiviti seperti memasak saja. Kerja rumah juga dilakukan menantu kerana saya tidak berdaya dan cepat lesu,” katanya.

Ibu tunggal itu juga menasihatk­an golongan muda supaya mengelakka­n minuman berkarbona­t dan makanan manis secara berlebihan kerana ia berisiko tinggi merosakkan fungsi organ dalaman.

Katanya, kesihatan perlu dihargai kerana kos yang perlu ditanggung tidak murah, malah membebanka­n bukan saja diri sendiri malah keluarga dan orang tersayang.

 ??  ?? SARINGAN kesihatan
turut diadakan.
SARINGAN kesihatan turut diadakan.
 ??  ?? PROGRAM kecergasan antara
pengisian program.
PROGRAM kecergasan antara pengisian program.
 ?? FOTO ?? KAMALAN perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.
FOTO KAMALAN perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia