Harian Metro

Senaman kerusi kuatkan otot

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bosan melakukan gerakan sama setiap kali bersenam? Apa kata ubah cara senaman anda dengan kaedah terkini dan semakin popular menggunaka­n peralatan yang ada di pejabat ataupun rumah.

Tanpa perlu mengeluark­an kos besar dan mengambil masa yang lama, lakukan senaman di rumah pada waktu pagi atau petang.

Menurut jurulatih kecergasan Natasya Zainal, untuk mempelbaga­i kaedah senaman yang menarik, boleh gunakan kerusi di pejabat ataupun rumah.

“Pada mulanya, gerakan ini memang agak sukar, namun jika ia dilakukan setiap hari pasti gerakan yang sukar akan berubah menjadi mudah.

“Gerakan ini semakin popular dilakukan kebanyakan wanita terutama suri rumah bagi menguatkan otot di pinggul, abdomen, kaki dan belakang.

“Jangan risau jika mengalami rasa sakit pada bahagian lengan atau otot lain yang bekerja kerana ia permulaan bagi melembutka­n otot yang tegang,” katanya.

Senaman ini yang banyak menggunaka­n tahap imbangan badan, bagus untuk bahagian otot perut atau abdomen.

Ulang semula daripada gerakan satu hingga habis sebanyak dua set. Namun, sebelum memulakan senaman, lakukan pemanasan badan dengan cara joging setempat selama satu atau dua minit.

Tegasnya, untuk mendapatka­n tubuh yang cergas dan sihat, kita perlu bersenam. Kesibukan bekerja tidak boleh dijadikan alasan.

“Jika banyak menghabisk­an waktu bekerja di dalam pejabat atau duduk di depan komputer, sebaik-baiknya banyakkan berjalan bagi memberikan kelegaan kepada otot dan merehatkan badan,” katanya.

Ujarnya, senaman ini boleh dilakukan sendiri di rumah dan tidak memerlukan masa yang banyak bagi melengkapk­an setiap set seperti disarankan.

Justeru, lakukan beberapa latihan senaman dengan cara mudah selepas bangun tidur pada waktu pagi sebelum mandi bagi membantu mencergask­an badan untuk permulaan yang baik sebelum melakukan tugasan di pejabat.

Untuk senaman ini, tiada pergerakan lunges dilakukan yang seperti diketahui gerakan ini adalah paling efektif untuk menguatkan bahagian bawah badan.

Walaupun lunges juga berkesan membentuk bahagian kaki dan paha, tetapi tidak semua orang menyukai pergerakan ini, dan lebih penting tidak semua orang boleh melakukann­ya.

Terdapat beberapa batasan fizikal berbeza yang mungkin membuatkan gerakan lunges agak sukar untuk sesetengah individu atau mereka yang mengalami kecederaan, luka atau lutut lemah.

Berita baiknya adalah ada banyak cara lain yang berkesan untuk menguatkan otot betis dan paha. Senaman kaki tanpa gerakan lunges ini adalah contoh yang sempurna.

Rutin ini bukan saja membentuk kaki, ia juga berfungsi terhadap otot teras dan membakar sejumlah kalori yang baik. Sama ada mencari senaman kaki untuk membantu mengelak memburukka­n kecederaan atau sendi, atau anda hanya mahu menambah rutin tetap anda, ini adalah rutin yang hebat untuk membentuk punggung dan paha.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia