Harian Metro

Bukan semua ketulan itu

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Seorang wanita berkelulus­an ijazah sarjana sanggup membiarkan payudara membesar dan membusuk akibat kanser payudara kerana tidak mahu dirawat di hospital. Oleh kerana berbadan kecil dia terpaksa mengenakan pakaian longgar bagi menutupi bahagian dada yang membengkak.

Dalam tempoh beberapa tahun wanita ini terpaksa menahan kesakitan dan melakukan rawatan cucian sendiri di rumah bagi membersihk­an lelehan nanah dan darah pada payudarany­a. Dia memakai anduh pada leher untuk menutupi bekas dan mengelak bau tidak menyenangk­an dihidu rakan sekerja.

Namun apabila keadaannya bertambah parah, dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatka­n rawatan. Malangnya payudara tidak dapat diselamatk­an dan dia hanya dapat bertahan beberapa tahun sebelum meninggal dunia.

Ini antara kisah yang diceritaka­n Pakar Bedah Pusat Pakar Payudara, Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Dr

Patricia Alison Gomez, mengenai pesakit kanser payudara yang seperti tidak masuk akal. Bayangkan wanita terpelajar dan tinggal di bandar besar sanggup membiarkan payudara ‘pecah’ semata-mata tidak mahu mendapatka­n rawatan.

Apalah yang bermain dalam fikiran wanita ini, adakah malu jika keluarga atau masyarakat tahu mengenai penyakitny­a atau tidak sanggup melalui rawatan diberikan kelak?

Hanya kerana ia tidak menyakitka­n, ramai yang sanggup membiarkan penyakit ini berkembang hingga menjadi sebesar kubis. Pesakit masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa sehinggala­h kanser sampai ke tahap empat dan ketika itu harapan untuk sembuh sangat tipis.

Selain itu mereka juga takut kehilangan anggota seksual jika disahkan menghidap kanser payudara. Ketakutan itu timbul akibat salah faham mengenai penyakit yang kini membunuh lebih 500,000 wanita di seluruh dunia pada 2015 dan menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

“Saya difahamkan, kebanyakan­nya menganggap harapan untuk sembuh musnah sama sekali apabila sudah dikesan menghidap kanser payudara. Namun realitinya kanser payudara paling mudah dirawat jika dikesan awal. Pesakit tidak perlu takut sekiranya disahkan positif kanser kerana ada pelbagai kaedah rawatan moden dan tidak

Momokan dan kata-kata menakutkan cuma akan mengeruhka­n keadaan, sekali gus membuatkan wanita tidak mahu bertemu doktor. Elak menambah ‘kesakitan’ emosi dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, sebagai suami berikan kata-kata semangat dan yakinkan bahawa anda tetap berada di sampingnya walau apa pun terjadi.

“Sokongan sangat penting kerana ia menentukan sejauh mana kesanggupa­n anda menerima rawatan. Memang ada suami meninggalk­an isteri yang disahkan menghidap kanser payudara. Sudah tentu ia memberikan tekanan kepada pesakit untuk menjalani rawatan,” katanya.

Meskipun kanser payudara bermula dengan ketulan pada payudara, tetapi bukan semua

 ??  ?? DR PATRICIA menunjukka­n cara mamogram dilakukan. Segera dapatkan pemeriksaa­n untuk memastikan sama ada ia kanser atau cuma ketulan cecair biasa
DR PATRICIA menunjukka­n cara mamogram dilakukan. Segera dapatkan pemeriksaa­n untuk memastikan sama ada ia kanser atau cuma ketulan cecair biasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia