Harian Metro

Tahan ibu muda dalam pantang hisap syabu

-

Tawau: Seorang ibu yang masih dalam pantang ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu susulan serbuan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar FELDA Umas, di sini, semalam.

Ketika didapati positif dadah, ibu kepada bayi berusia sebulan itu memberikan pelbagai alasan kepada pihak berkuasa untuk melepaskan diri, namun tidak berhasil.

Ibu muda berusia 19 tahun itu antara 19 individu termasuk tiga wanita yang ditahan dalam Op Sarang bermula jam 10 pagi semalam membabitka­n 20 anggota AADK Tawau bersama 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketika ditemui media yang turut menyertai operasi itu, suspek yang bekerja sebagai tukang masak memberitah­u suaminya ditahan sebulan lalu berkaitan kesalahan dadah.

“Anak lelaki saya baru berusia satu bulan dan dijaga oleh ibu mentua,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, seorang suspek lelaki berusia 30 tahun yang ditahan mengaku sudah lama mengambil syabu dan berusaha untuk berhenti tetapi gagal.

“Saya sudah lama hisap syabu yang dibeli kalau ada duit saja. Saya sudah cuba berhenti, tetapi tak boleh dan ini kali pertama kena tahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua AADK Tawau Abd Gani Keruput berkata, operasi itu dijalankan dengan menyasarka­n kawasan yang disyaki sarang penagihan dadah.

“Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia