Harian Metro

Mangsa pukul meninggal dunia

-

Keningau: Selepas lebih tiga hari bertarung nyawa akibat dipukul kerana didakwa mengganggu teman wanita suspek, seorang lelaki yang koma meninggal dunia tengah malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu, jam 12.04 malam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama adiknya menghadiri majlis kematian 40 hari mendiang ibu saudara mereka di Kampung Botung, Tambunan, di sini.

Katanya, mereka dikatakan minum minuman keras sebelum mangsa mabuk dan didakwa cuba memegang badan seorang wanita di majlis berkenaan.

“Kekasih wanita yang melihat kejadian itu berang lalu menumbuk muka mangsa menyebabka­n dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada simen,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Tambunan sebelum dipindahka­n ke HQE 1, Kota Kinabalu kerana ada darah beku dalam kepalanya.

“Tengah malam kelmarin), pihak HQE 1 memaklumka­n mangsa meninggal dunia jam 12.04 tengah malam dan punca kematian belum dipastikan dan menunggu laporan bedah siasat.

“Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu ditahan,” katanya. Menurutnya, soal siasat mendapati, suspek mengaku menumbuk dagu mangsa kerana mangsa memegang tangan dan cuba memeluk teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia