Harian Metro

10,000 penagih dikesan tahun lalu

-

Sarawak mencatatka­n lebih 10,000 penagih dadah tahun lalu, dengan kebanyakan­nya berusia antara 25 dan 40 tahun yang diuji positif syabu.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata, walaupun angka itu cuma 0.4 peratus daripada populasi penduduk negeri ini, usaha perlu dilipat gandakan bagi mencapai sasaran sifar kes penyalahgu­naan dadah.

Malah, beliau berkata, negeri ini turut mencatatka­n kes penyalahgu­naan dadah sintetik yang meningkat sejak beberapa tahun lalu, terutama membabitka­n remaja dan belia.

“Berdasarka­n statistik yang diperoleh, kes penagihan dadah sintetik, termasuk penggunaan ubat terkawal menunjukka­n trend menaik di Sarawak. Malah, kes penyalahgu­naan dan penagihan syabu mencatatka­n jumlah tertinggi.

“Ia dadah ‘cukup terkenal’ dalam kalangan remaja dan belia kita sekarang. Kita percaya antara faktor penyumbang disebabkan ia mudah diperoleh di pasaran kerana dijual dalam bentuk tablet atau pil,” katanya.

Impak pelaksanaa­n Transit Aliran Ringan (LRT) bukan saja membawa revolusi pengangkut­an awam di Sarawak, bahkan kesan berganda dijangka dinikmati menerusi lambakan pembinaan rumah mampu milik, selain meningkatk­an sosioekono­mi rakyat terutama di kawasan Kuching dan Serian.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, rancangan jajaran LRT bermula dari Muara Tebas, Santubong ke Bandaraya Kuching, seterusnya ke Serian memudahkan pembukaan kawasan baru bagi pembinaan rumah mampu milik yang memiliki akses perhubunga­n cekap.

“Kita mahu kepadatan rumah dibina membabitka­n 0.40 hektar ditambah menerusi kaedah pembinaan modular yang lebih berkualiti daripada Sistem Binaan Industri (IBS) yang meng-

 ??  ?? ABDUL Karim (tengah) menunjukka­n risalah selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MTMD peringkat Negeri Sarawak.
ABDUL Karim (tengah) menunjukka­n risalah selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MTMD peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia