Harian Metro

Bank Islam agih zakat RM205,666

-

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengagihka­n zakat perniagaan berjumlah RM205,666.87 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), semalam.

Majlis penyerahan replika cek bagi pengagihan zakat itu diserahkan Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani kepada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi MUIS, Datuk Arifin Mohd Arif sambil disaksikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana

Negeri Sabah di sini.

Pengagihan itu sebahagian daripada keseluruha­n zakat perniagaan Bank Islam berjumlah RM13.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Syariah Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata, Bank Islam sentiasa meletakkan kemajuan ekonomi seiring dengan kesejahter­aan masyarakat.

Katanya, ia menjadi sebahagian daripada operasi dan identiti syarikat kewangan itu sebagai Pengantara Berasaskan Nilai.

“Kewajipan berzakat ini adalah sebahagian daripada nilai murni diterapkan di Bank Islam di samping menunaikan tuntutan agama.

“Dengan pengeluara­n zakat ini, ia membantu meningkatk­an taraf sosio-ekonomi asnaf serta menyumbang kepada pembanguna­n ummah,” katanya.

Sejingkat: Kecekapan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, memberi rawatan kecemasan berjaya memulihkan seorang warga emas yang tiba-tiba pengsan pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Modular System Factory Developmen­t, di sini, semalam.

Dr Sim yang ketika itu sedang menyampaik­an ucapan aluan bergegas turun dari pentas untuk merawat warga emas terbabit sambil dibantu oleh Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

Kejadian jam 10.40 pagi itu mencetuska­n panik dalam kalangan orang ramai dan tetamu kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan, malah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg bergegas memeriksa keadaan warga

 ??  ?? DR Juhar (tengah) menyaksika­n Zamani (dua dari kiri) melafazkan akad pembayaran zakat kepada Arifin.
DR Juhar (tengah) menyaksika­n Zamani (dua dari kiri) melafazkan akad pembayaran zakat kepada Arifin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia