Harian Metro

Rancang hampir setahun

- Cnews@nstp.com.my

 LCLC wujudkan kelas bahasa Dusun Lotud pertama di Sabah

Pusat Pembelajar­an Komuniti Lotud (LCLC) mengambil inisiatif mewujudkan kelas bahasa Dusun Lotud pertama di Sabah yang berpusat di Dewan Futsal Tamparuli di sini, sejak hampir dua bulan lalu.

Sebagai permulaan, kelas yang diadakan dua kali sebulan pada setiap Ahad itu membabitka­n 12 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dalam kalangan anak etnik Lotud, Tuaran.

Penyelaras projek LCLC, Pamanday Salvia Poit berkata, kelas bahasa Lotud mengajar murid bertutur dalam bahasa etnik itu masih dalam peringkat percubaan dan ia hanya bersesuaia­n diadakan dua kali sebulan sebagai permulaan.

“Kami tidak meletakkan sasaran jumlah kanak-kanak yang mengambil bahagian, namun ibu bapa dari etnik ini digalakkan menghantar anak mereka berusia lima hingga 12 tahun mengikuti kelas bahasa ibunda mereka itu.

“Bayaran dikenakan hanya RM5 seorang atau RM10 untuk tiga kanak-kanak, sekali gus membolehka­n mereka mengikuti kelas dari jam 2 hingga jam 4 petang,” katanya ketika ditemui NSTP.

Pamanday berkata, LCLC mengambil tempoh lebih setahun merancang serta membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan kelas yang dikendalik­an tiga tenaga pengajar wanita terlatih itu.

“Sebelum ini, LCLC menghantar tiga guru wanita terbabit mengikuti latihan asas pendidikan pelbagai bahasa berasaskan bahasa ibunda di Mother Tongue-Based Multilingu­al Education (MTB-MLE) Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, kelas itu adalah sebahagian projek pemulihan bahasa LCLC bermula 2018 hingga 2033 yang dilaksanak­an dalam beberapa fasa dengan fasa pertama dari 2018 hingga 2020.

“Murid yang mengikuti kelas bahasa Lotud akan dilatih sebaik mungkin untuk menguasai serta fasih dalam bahasa etnik ibunda mereka yang kini diancam kepupusan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Program MTB-MLE, Joemin Maratin, berkata selain kelas bahasa Lotud, kelas sama untuk etnik Tobilung sudah wujud di Kota Belud, Rungus (Kudat), Kimaragang (Pitas) dan Iranun (Kota Belud).

“Kami di MTB-MLE berharap lebih banyak pembabitan etnik lain di Sabah dalam mewujud dan mengendali­kan kelas bahasa ibunda mereka demi kesinambun­gan pemulihara­an bahasa etnik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan MTB-MLE sentiasa bersedia melatih mereka yang ingin menjadi tenaga pengajar untuk mengendali­kan kelas bahasa etnik di negeri ini.

 ??  ?? LCLC mengambil inisiatif mewujud dan mengendali­kan kelas bahasa Dusun Lotud pertama di Sabah yang berpusat di Dewan Futsal Tamparuli.
LCLC mengambil inisiatif mewujud dan mengendali­kan kelas bahasa Dusun Lotud pertama di Sabah yang berpusat di Dewan Futsal Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia