Harian Metro

Sasar 1.4 juta pelancong Malaysia ke Bali

-

Bali (Indonesia): Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia mensasarka­n kunjungan 1.4 juta pelancong Malaysia, khususnya dari Sarawak ke pulau peranginan terkenal itu, sekali gus memperkuku­hkan kerjasama strategik dalam sektor pelanconga­n kedua-dua negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Borneo Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia, Sapto Haryono berkata, pelancong Malaysia yang kedua tertinggi dalam kalangan negara Asia melancong ke pulau itu sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, jumlah itu dicatatkan adalah hasil kerjasama kukuh antara Jakarta dan Kuala Lumpur dalam sektor pelanconga­n menerusi pelbagai inisiatif dilaksanak­an sebelum ini, yang jelas memperliha­tkan keakraban hubungan kedua-dua negara.

“Kerajaan Indonesia mensasarka­n kedudukan Malaysia terus kekal sebagai penyumbang utama kepada sektor pelanconga­n di Bali tahun ini dengan mensasarka­n kehadiran 1.4 juta pelancong.

“Kementeria­n

Pelanconga­n kedua-dua negara melalui lembaga pelanconga­n masing-masing terus melaksanak­an pelbagai inisiatif memastikan Bali menjadi pilihan untuk dilawati selain memperkena­lkan pelbagai destinasi lain di republik ini yang menawarkan pelbagai aktiviti air dan alam semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama New Straits Times Press, di sini semalam sempena Lawatan Pengenalan Agensi Pelanconga­n & Media Sarawak Bersama Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching ke Bali dan Lombok.

Sapto menjelaska­n Kerajaan Indonesia menerusi Lembaga Pelanconga­n Bali giat memperkena­lkan destinasi pelanconga­n baru antaranya Pantai Pasir Uug, Pantai Angel Billabong serta Pantai Kelingking di Nusa Penida yang terkenal dengan kejernihan airnya agar pulau berkenaan terus menjadi pilihan utama pelancong.

Beliau berkata, republik berkenaan juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi lain yang dapat melonjakka­n nama Indonesia sebagai negara pelanconga­n utama.

Katanya, lokasi dikenal pasti antaranya Tanjung Kelayang, Belitong; Pulau Seribu, Jakarta; Bromo, Jawa Tengah dan Labuan Bajo di Nusa Tenggara Timur yang menawarkan pengalaman percutian menarik.

“Lokasi berkenaan antara langkah jangka panjang Indonesia memperkena­lkan lokasi pelanconga­n baru yang diyakini mampu memberi impak kepada sektor pelanconga­n.

“Selain kerjasama antara kerajaan, Indonesia juga menjalinka­n hubungan dengan syarikat penerbanga­n dan ejen pelanconga­n tempatan menerusi pelbagai program dan pameran,” katanya.

Tambahnya, kementeria­n yakin kehadiran pelancong dari Asia, Timur Tengah dan Eropah terus kukuh seiring dengan hasrat republik berkenaan untuk menjadi antara destinasi utama pelanconga­n dunia.

 ??  ?? WARTAWAN bersama delegasi dari Sarawak dan wakil kerajaan Indonesia bergambar di Nusa Dua, Bali.
WARTAWAN bersama delegasi dari Sarawak dan wakil kerajaan Indonesia bergambar di Nusa Dua, Bali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia