Harian Metro

Segera pindah buaya dalam kolam terbiar

-

Miri: Sarawak Foresty Corporatio­n (SFC) diminta memindahka­n segera kelompok buaya yang menghuni beberapa kolam terbiar di bandar raya ini ke lokasi lain bagi mengelak berlakunya konflik hingga boleh mengancam keselamata­n manusia.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu juga bagi mengelak reptilia itu menyerang manusia khususnya penduduk berhampira­n kolam terbiar seperti insiden membabitka­n murid sekolah di Senadin, Sabtu lalu.

“Jika tidak dapat ditangkap atau dipindahka­n, SFC perlu meletakkan lebih banyak papan tanda amaran untuk menyedarka­n orang awam supaya mengelak mendekati kolam terbabit, sama ada untuk memancing atau aktiviti lain.

“Kita akan meminta SFC mencari ikhtiar memastikan buaya di kolam terbiar di Senadin dipindah atau dihapuskan,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kolej Tun Datu Haji Bujang 2018, di sini, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Mohd Faidaus Mohd Dais, 8, meninggal dunia selepas dipercayai disambar buaya sebelum diheret ke dalam sebuah kolam terbiar ketika memancing bersama beberapa rakannya.

Len berkata, agensi terbabit juga boleh melantik mana-mana pemburu buaya bertauliah dan dilesenkan untuk memburu reptilia berkenaan.

“Terserah kepada SFC untuk melakukan tindakan susulan terhadap reptilia yang menyerang pelajar berkenaan. Berdasarka­n aduan penduduk, terdapat tiga buaya menghuni kolam terbiar di Senadin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia