Harian Metro

‘Kamek ingin jadi Puteri Elsa’

■ Gadis cilik cekal walaupun lumpuh, kehilangan ibu bapa dalam nahas

- Manorza Saraev news@nstp.com.my

“Kamek (saya) teringin menjadi Puteri Elsa,” kata murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang, Fifi Nurlyana Syafina Mohamad Adika, 8, yang cukup ceria di sebalik kekurangan fizikal dialaminya.

Seperti Puteri Elsa yang juga watak kegemarann­ya dalam filem animasi popular, Frozen, kisah hidup mereka hampir sama, malah kedua-duanya anak yatim piatu.

Puteri Elsa dan adiknya, Puteri Anna, kehilangan ibu bapanya selepas kapal mereka karam manakala Fifi menjadi yatim piatu susulan nahas jalan raya mengorbank­an ibu bapa serta abangnya di Jambatan Kuning, di sini, pada 2 Jun 2016.

“Teringin kamek (saya) makei (memakai) gaun Princess Elsa masa hari jadi nanti (pada 10 Jun ini),” katanya.

Kisah Fifi yang lumpuh dari paras pinggang dan mengalami masalah tulang belakang (T3) akibat kemalangan itu turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Beliau meluangkan masa bertemu Fifi pada Majlis Perasmian Pesta Balingian 2018 hujung minggu lalu, malah berbangga apabila mengetahui kanak-kanak itu menjadikan­nya sebagai idola.

Sejak kehilangan ibu bapa dan abangnya, potret mereka sentiasa berada di sisi Fifi, malah dilekatkan pada dinding bersebelah­an katilnya sebagai pengubat rindu.

“Rindu kamek (saya) padanya bertiga (mereka). Sik (tidak) pernah kamek lupak (lupa) baca Al-Fatihah dan berdoa. Allah sayangnya bertiga (mereka),” katanya.

Sementara itu, Majiah Kederi, 59, yang mengambil tanggungja­wab menjaga cucu kesayangan­nya itu berkata, Fifi perlu bertemu doktor pakar sebanyak empat kali setahun, masing-masing tiga di Sibu dan satu di Mukah dalam usaha pemulihann­ya.

Ditemui di rumah mereka di Kampung Tutus Ulu, di sini, beliau berkata, cucunya itu juga perlu menjalani sesi fisioterap­i dua kali seminggu di Hospital Mukah.

“Dia kuat semangat... jiwanya kental...Semoga Aina (panggilan manja Fifi) membesar sebagai anak solehah dan berjaya dalam hidup,” katanya.

Selain hanya duduk di kerusi roda sepanjang hidupnya sejak kemalangan itu, keadaan lumpuh itu turut menyebabka­nnya membuang air besar dan kecil tanpa sedar.

Selain lampin pakai buang, Fifi memerlukan banyak keperluan penjagaan diri, sama ada disediakan pihak hospital atau dibeli di farmasi. Ketika ini, Aina menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 dan RM350 (Tabung Baitulmal Sarawak).

Teringin kamek (saya) makei (memakai) gaun Princess Elsa masa hari

jadi nanti

Fifi

 ??  ??
 ??  ?? ABANG Johari meluangkan masa berbual dengan Fifi selepas Majlis Perasmian Pesta Balingian di Mukah.
ABANG Johari meluangkan masa berbual dengan Fifi selepas Majlis Perasmian Pesta Balingian di Mukah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia