Harian Metro

PERSEMPADA­NAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA LULUS

-

Kuala Lumpur: Kaedah undi belah bahagi dan perbahasan 14 Ahli Parlimen membabitka­n tujuh kerajaan dan tujuh pembangkan­g menyaksika­n Dewan Rakyat, semalam meluluskan usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya bagi Semenanjun­g Malaysia, semalam.

Usul itu dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pagi semalam, disokong dan digulung oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Najib turut hadir menyaksika­n proses undi belah bahagi dijalankan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumka­n keputusan itu berkata, 80 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan usul berkenaan, manakala 129 lagi bersetuju.

“Ahli Yang Berhormat. Oleh kerana tidak kurang daripada setengah daripada jumlah ahli majlis ini mengundi bersetuju dengan usul nombor satu, maka usul ini disetujuka­n. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhk­an sehingga jam 10 pagi esok (hari ini),” katanya.

Menerusi persempada­nan semula itu, tiada pertambaha­n kerusi bagi kawasan parlimen dan Dewan HARIAN Undangan METRO Negeri (DUN) menerusi persempada­nan itu, sekali gus menjadikan jumlah kerusi parlimen kekal 222 kerusi dan 587 kerusi bagi DUN.

Namun, menerusi laporan persempada­nan yang diluluskan itu, sebanyak 12 nama kawasan Parlimen dipinda, manakala 28 kawasan lagi membabitka­n DUN.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil kira pelbagai perkara ketika menjalanka­n kajian persempada­nan semula kawasan pilihan raya.

Beliau berkata, semua isu yang dibangkitk­an Ahli Parlimen yang membahaska­n usul berkenaan juga diambil perhatian SPR dan kerajaan berlapang dada serta terbuka untuk mendengar pandangan berkenaan.

Menurutnya, SPR menerima representa­si dikemukaka­n kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kumpulan 100 pemilih berdaftar termasuk pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat penjelasan daripada pembantah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia