Harian Metro

Jemput HRW bincang berita palsu

-

Singapura: Singapura semalam menjemput Human Rights Watch (HRW) memberi keterangan dalam sidang Parlimen mengenai berita palsu dalam pada ketegangan semakin meruncing antara kumpulan hak asasi berasas di New York dengan kerajaan itu.

Jawatankua­sa Parlimen di Singapura sedang menyemak langkah yang boleh diambil untuk mengelak ‘kepalsuan disengajak­an dalam talian’ yang mencermink­an usaha di pelbagai negara lain bagi menangani penyebaran maklumat palsu dalam pada pertikaian turut berleluasa mengenai pengaruh syarikat Internet.

Aktivis bimbang undang-undang yang menyasarka­n ‘berita palsu’ boleh turut digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Dalam satu siaran media jawatankua­sa berkenaan berkata, HRW boleh memberi keterangan pada Mei selepas Parlimen mula bersidang.

Anggota parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat, Vikram Nair minggu ini berkata, HRW dalam satu laporan baru-baru ini menggunaka­n ‘contoh palsu’ untuk mengetenga­hkan agendanya.

Dalam laporan itu kumpulan berkenaan menggesa Singapura meminda atau memansuhka­n beberapa akta termasuk Akta Hasutan dan Akta Ketenteram­an Awam.

Pengarah HRW Asia Brad Adams berkata, pihaknya mendapat pandangan kerajaan Singapura sebelum menyiarkan laporan berkenaan, tetapi tidak mendapat maklum balas.

Katanya, cubaan menghantar pegawai untuk memberi keterangan di depan jawatankua­sa berkenaan juga tidak mendapat maklum balas. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia