Harian Metro

POSITIF KEJAR IMPIAN

Mady guna kemahiran grafik hasilkan video lirik

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Saya mahu buat apa yang saya suka. Kalau ikut kata orang lain, saya rasa tidak ada tujuan lagi untuk terus berada dalam industri MADY

Meskipun masih tercari-cari ruang untuk mengukuhka­n kedudukan, Mady Harmidi tahu hala tujunya dalam industri muzik.

Bergerak sendiri, Mady perlahan-lahan mengatur langkah. Walaupun masih kabur, Mady tetap positif mengejar impiannya.

Mempertaru­hkan

Sekali Lagi dengan genre pop alternatif, lagu itu dihasilkan Mady sepenuhnya. Malah, video lirik yang dimuat naik di YouTube juga adalah hasil kreativiti­nya.

“Sekali Lagi adalah lirik yang ke-72 saya tulis. Saya hasilkan pada 2016 dan rakam tahun lalu. Tahun ini, saya mula promosi lagu ini.

“Saya ambil masa lama untuk ke depan kerana masih tercari-cari cara untuk ketengahka­n lagu ini. Syukur, saya dipertemuk­an dengan individu yang sudi membantu.

“Saya juga menggunaka­n kemahiran grafik yang dipelajari di universiti dan menghasilk­an video lirik itu mengikuti kreativiti sendiri,” katanya.

Memilih bidang muzik, Mady ingin lakukan apa yang dirasakan selesa tanpa mengubah sedikit pun identiti dirinya sama ada dari segi karakter mahupun penghasila­n lagu.

Itu antara sebab mengapa Mady lebih suka bergerak sendiri. Dia tidak mahu ‘dibentuk’ ke arah perkara yang tidak digemariny­a.

“Saya mahu bawa muzik yang menggambar­kan diri sendiri. Saya bertuah kerana genre pop alternatif mudah diterima umum. Mungkin tidak ada masalah untuk mereka menyukai lagu Sekali Lagi.

“Saya mahu buat apa yang saya suka. Kalau ikut kata orang lain, saya rasa tidak ada tujuan lagi untuk terus berada dalam industri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia