Harian Metro

APLIKASI KAD KESETIAAN BMW

-

BMW Group Malaysia memperkena­lkan aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ yang membolehka­n ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewa­an mereka di mana saja tanpa mengira masa.

Aplikasi kesetiaan baru ini menawarkan kemudahan seperti e-pembayaran, perkhidmat­an pembiayaan, akses kepada acara istimewa dan pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah serta lancar.

Oleh itu, melalui aplikasi

ini, pengguna boleh menyemak nombor kontrak, tarikh pembayaran berikutnya, baki bayaran semasa dan baki tempoh pembayaran balik.

Untuk pautan yang pantas, pengguna boleh melaksanak­an pembayaran secara terus menerusi aplikasi ini tanpa perlu log masuk ke akaun perbankan dalam talian mahupun ke mesin ATM atau

CDM.

Terdapat beberapa fungsi lain seperti akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membenarka­n pelanggan menggunaka­n kad kesetiaan mereka secara terus daripada peranti mudah alih atau

telefon pintar mereka.

Selain itu, aplikasi terbabit turut membekalka­n pengguna dengan informasi terkini berkaitan tawaran istimewa khusus untuk pelanggan dan acara yang menarik.

Pada masa sama, pengguna berupaya mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan.

Bukan itu saja, berita dan perkembang­an terkini mengenai model kenderaan terbaru keluaran BMW Group turut boleh didapati melalui aplikasi berkenaan.

Aplikasi BMW Group Loyalty+ kini boleh di muat turun daripada platform App Store dan Play Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia