PELARIAN ROHINGYA KELAPARAN
Yayasan Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman dengan kerjasama Sekolah Saudi Kuala Lumpur membantu memberikan pendidikan percuma kepada lebih 1,600 kanak-kanak dan remaja warga Rohingya di negara ini.
Program khidmat bakti kemanusiaan yang bermula sejak Januari tahun lalu itu mensasarkan warga Myanmar berkenaan yang tinggal di sekitar Selayang dan Ampang.
Pengarah Pendidikan Sekolah Saudi Kuala Lumpur Dr Sultan Fahd Aljuhaish berkata, kanak-kanak dan remaja terbabit berusia seawal lima hingga 16 tahun.
“Kanak-kanak dan remaja ini dipilih berdasarkan keluarga dan latar belakang mereka yang kurang berkemampuan serta tinggal di sekitar Lembah Klang khususnya di Selayang dan Ampang.
“Sebaik menyertai program pendidikan di sini, mereka akan diajar bahasa Arab, Melayu, Inggeris, sains, matematik, kelas komputer dan membaca al-Quran,” katanya.
Alor Setar
Sebuah bot disyaki membawa 56 etnik Rohingya yang pernah ditahan pihak berkuasa Thailand dua hari lalu sebelum dilepaskan atas alasan semua penumpang mahu ke negara ini ditemui dalam keadaan kepenatan, lapar dan dahaga oleh pihak berkuasa di Langkawi, jam 9.10 pagi semalam.
Mereka yang dipercayai dari Rakhine, Myanmar ditemui pada kedudukan
0.1 batu nautika dari Pulau Nyior Setali berhampiran Pulau Tuba, di sini oleh aset Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang ditugaskan membuat rondaan sejak kelmarin sebaik mengetahui kehadiran bot itu di perairan negara jiran.
Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, dalam bot berkenaan terdiri daripada 17 wanita dewasa, 19 (lelaki), 12 (kanak-kanak perempuan) dan lapan (kanak-kanak lelaki).
Beliau berkata, pihak Agensi
56 etnik Rohingya tiba di Langkawi selepas
‘dibebas’ pihak berkuasa Thailand
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi bantuan awal seperti makanan, minuman serta perubatan.
“Bot itu kemudian diiringi ke Jeti Kuala Kedah manakala semua etnik terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kedah bagi proses selanjutnya mengikut prosedur kemasukan ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
“Pihak
APMM amat memandang serius terhadap isu pencerobohan di seluruh perairan Malaysia, namun atas dasar kemanusiaan, etnik terbabit tetap diberi layanan baik dengan memberi makanan, minuman dan perubatan,” katanya.
Bot dinaiki etnik Rohingya itu dipercayai menghala ke selatan Andaman dari perairan
Thailand sebelum tersasar dan dikesan polis marin.
Pada Ahad lalu, Bernama melaporkan penduduk tempatan Thailand menemukan sebuah bot kayu membawa etnik Rohingya di Koh Lanta berhampiran wilayah Krabi di selatan Thailand dipercayai dalam perjalanan ke Malaysia sebelum hujan ribut memaksa bot itu mencari perlindungan sementara di pulau berkenaan.
Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot itu adalah etnik Rohingya tetapi tidak mengetahui dari mana mereka datang.
“Laporan awal menyebut mereka berlabuh berhampiran Koh Lanta (Pulau Lanta) untuk mengelak ribut. Mereka mahu menuju ke Malaysia,” katanya, merujuk kepada sebuah pulau yang popular dalam kalangan pelancong.
“Pelarian Rohingya yang menaiki bot itu dibenarkan meneruskan perjalanan mereka,” tambahnya.
Kitibodee berkata, terdapat 56 wanita, lelaki dan kanak-kanak dalam bot itu.
Ramai etnik Rohingya yang terbabit dalam krisis orang hanyut berakhir di Malaysia dan Indonesia berikutan Thailand mengekalkan dasar untuk tidak menerima mereka.
Selain etnik Rohingya laluan laut itu turut digunakan oleh pendatang tanpa izin Bangladesh.
Statistik terbaru agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati terdapat hampir 70,000 pelarian dan pencari suaka Rohingya tinggal di Malaysia.
Kemasukan terbesar pelarian Rohingya ke pulau peranginan ini berlaku pada 2015 apabila 486 orang pelarian itu tiba di sini menaiki dua bot kayu yang turut dinaiki 672 pendatang tanpa izin dari Bangladesh.