Harian Metro

Lelaki pasang kabel maut terperosok dalam lubang

-

Georgetown: “Saya dengar dentuman kuat dan lihat kon serta papan tanda terpelanti­ng di jalan.

“Saya kemudian diberitahu sebuah kereta merempuh rakan sekerja hingga dia terjatuh dalam lubang,” kata Mohd Azhar Hassan, 20-an, menceritak­an kemalangan maut membabitka­n kontraktor penyelengg­araan Telekom Malaysia (TM) yang melakukan kerja pemasangan kabel bawah tanah di Jalan Burma, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa, Omar Osman, 40, dari Kampung Sungai Mati, Langgar, Kedah meninggal dunia akibat parah di kepala.

Mohd Azhar berkata, ketika itu dia melakukan kerja 50 meter dari lokasi kemalangan dan bergegas melihat apa yang berlaku terhadap rakan mereka.

“Saya lihat rakan terperosok dalam lubang manakala pemandu kereta pula memecut kenderaann­ya.

“Kami cuba mengesan pemandu kereta terbabit dan menemuinya di sebuah hospital swasta namun dia menghilang­kan diri selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua lagi pekerja berada di kawasan itu sebelum sebuah kereta yang dipandu laju secara tiba-tiba melanggarn­ya.

Menurutnya, siasatan mendapati pemandu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol itu melanggar kon dan papan tanda besi pembinaan penyelengg­araan TM.

“Pemandu kereta yang tidak cedera itu ditahan polis dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang maut dirempuh ketika memasang kabel bawah tanah, semalam.
MANGSA yang maut dirempuh ketika memasang kabel bawah tanah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia