Harian Metro

‘Saya tahu dari awal’

 Nekad jaga Nurliyana selepas dapat hidayah peluk Islam sebelum berkahwin

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Sebelum berkahwin Nurliyana beritahu saya dia ada masalah buah pinggang dan mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Serdang, sejak 2009 lagi. Tapi saya tetap terima Nurliyana dan sedia menjaganya” Mohd Taufiq Abdullah

“Di saat dia (isteri) menderita akibat penyakit ini, saya perlu setia dan menjadi tulang belakangny­a. Saya mahu dia terus bersemanga­t dan cekal menghadapi ujian hidup.

“Mungkin ini semua daripada Allah SWT untuk menguji keimanan hamba-Nya, selepas dia berikan saya hidayah memeluk Islam,” kata Mohd Taufiq Abdullah, 42, suami kepada pesakit Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32.

Ketabahan dan kesetiaan Mohd Taufiq menjaga Liyana sejak dua tahun lalu membuatkan ramai netizen kagum terhadap pengorbana­n yang dilakukan selepas penderitaa­n isterinya itu disiarkan Harian Metro, kelmarin.

Mohd Taufiq berkata, sebelum mengambil keputusan melamar Nurliyana, isterinya itu sudah memaklumka­n kepadanya mengenai masalah kesihatan dialami.

“Usia perkahwina­n kami sekarang sembilan tahun. Kami berkenalan pada 2008 ketika bekerja di sebuah kilang sama di Nilai, Negeri Sembilan dan berkahwin pada 1 Januari 2011.

“Sebelum berkahwin Nurliyana beritahu saya dia ada masalah buah pinggang dan mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Serdang sejak 2009 lagi. Tapi saya tetap terima Nurliyana dan sedia menjaganya,” katanya.

Dia yang berketurun­an suku Kadazan, Sabah berkata, keputusan untuk bergelar lelaki Muslim dibuat selepas tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam.

Katanya, apa yang dipelajari dalam Islam sepanjang bergelar lelaki Muslim menjadikan dirinya seorang yang lebih tabah dan cekal menempuh ujian.

“Apa yang kami tempuhi sekarang ini saya anggap sebagai takdir. Saya tetap bersyukur di sebalik kepayahan ini, syukur ramai yang tampil beri sokongan moral dan sumbangan bagi meringanka­n beban kami,” katanya.

Harian Metro melaporkan penderitaa­n Nurliyana yang disahkan menghidap Para Tiroid sejak 2016. Kesengsara­an jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar hingga menyebabka­n mulut terkeluar dan turut menjejaska­n penglihata­n.

Malah, lebih memilukan berat badannya menyusut daripada 55 kilogram (kg) hingga kini hanya 23 kg, malah ketinggian­nya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Bagaimanap­un, setakat ini doktor pakar tidak mengesyork­an Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

Masalah kesihatan itu menyukarka­n doktor pakar untuk menjalanka­n pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.

 ?? IQMAL HAQIM ROSMAN ?? GAMBAR kenangan Nurliyana sebelum disahkan menghidap Para Tiroid pada 2016.
MOHD Taufiq ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Bukit Inai, Batang Benar, Nilai.
IQMAL HAQIM ROSMAN GAMBAR kenangan Nurliyana sebelum disahkan menghidap Para Tiroid pada 2016. MOHD Taufiq ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Bukit Inai, Batang Benar, Nilai.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia