Harian Metro

Pembanguna­n bawa kesejahter­aan

- Cnews@nstp.com.my

Kuantan: Nikmat pembanguna­n dan kesejahter­aan dikecapi penduduk daerah ini adalah hasil perjuangan UMNO yang terus membela serta mengutamak­an kebajikan rakyat, walaupun kerusi Parlimen itu dimenangi pembangkan­g sejak dua penggal lalu.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berkata, perjuangan parti yang tidak jemu turun padang dan mengemukak­an masalah penduduk kepada kerajaan membolehka­n Kuantan mengecapi pembanguna­n.

Katanya, ia termasuk pembinaan jambatan baru, mengatasi masalah setinggan, isu kesesakan lalu lintas dan perumahan mampu milik dapat dilaksanak­an.

“Kami (UMNO Bahagian Kuantan) banyak memainkan peranan mengatasi masalah setinggan di Tanjung Lumpur, Tanah Putih, Tanjung Api dan Galing.

“Isu ini dibawa bukan saja untuk perhatian kerajaan negeri, bahkan disuarakan di peringkat Pusat dan hasilnya kini boleh dikatakan seluruh Parlimen ini mencapai setinggan sifar.

“Kami mencadangk­an pembinaan laluan bertingkat di Jalan Bukit Ubi menghala Indera Mahkota dan pekan Sungai Lembing yang siap tahun lalu, malah laluan ini banyak memberikan keselesaan kepada 100,000 penduduk Kuantan, sekali gus mengurangk­an kesesakan ke pusat bandar terutama pada waktu puncak.

“Begitu juga dengan projek jambatan baru menghubung­kan Tanjung Lumpur dan bandar ini yang sedang dalam pembinaan, dijangka memberi impak besar kepada penduduk serta meningkatk­an ekonomi dan pembanguna­n setempat,” katanya.

Wan Adnan berkata, kerajaan meluluskan pembinaan sejumlah 2,426 unit rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di atas tanah berkeluasa­n 82 hektar di Tanjung Lumpur, sebagai tawaran rumah mampu milik kepada golongan muda.

Pihaknya turut memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi ruang dan peluang perniagaan kepada golongan muda tanpa mengira kaum, selaras konsep diamalkan Barisan Nasional (BN) untuk membawa kesejahter­aan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kami mempunyai hubungan baik dengan Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), dan ini penting untuk memastikan semua aduan sampai ke pihak berkenaan untuk diselesaik­an segera.

“Selain itu, UMNO Bahagian membangunk­an pangkalan data lengkap penduduk miskin yang memerlukan bantuan, dan apa saja berkaitan kebajikan untuk tindakan susulan segera,” katanya.

Bentong

Masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini menjadi kerunsinga­n penduduk dan pengguna jalan raya sejak beberapa tahun lalu.

Masalah lebih kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, dengan kesesakan luar biasa berlaku di laluan menuju ke pekan yang turut menjadi jalan utama ke Pantai Timur.

Bagaimanap­un, segala kesulitan itu bakal diatasi sebaik projek jalan pintasan Bentong yang juga sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) siap tidak lama.

Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baru kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak.

Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampira­n Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu, di sini.

Pada masa sama, Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km yang dijangka siap tahun hadapan juga bertindak sebagai laluan alternatif baru untuk pengguna jalan raya yang mahu ke Raub dan destinasi lain di Pantai Timur.

Ketua Kampung RTP Lebu, Samsudin Lebar, 67, berkata, projek CSR membantu menyelesai­kan masalah lalu lintas di pekan Bentong terutama ketika Tahun Baru China dan Aidilfitri.

Katanya, dia percaya jalan pintasan bebas tol itu akan mengurangk­an separuh kesesakan di kawasan Jalan Bentong apabila dibuka, tahun depan.

“Buat masa ini penduduk lebih suka memilih untuk duduk di rumah pada cuti hujung minggu atau cuti umum kerana tidak mahu terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas.

“Bentong memang menjadi laluan kepada penduduk di Lembah Klang dan Pantai Barat untuk ke Raub, Lipis dan Gua Musang selain,

Kuala Krai di Kelantan.

“Apabila tiba musim cuti perayaan, kesesakan luar biasa pasti terjadi,” katanya.

Menurutnya, pembinaan projek Bentong Bypass dan CSR itu turut dipantau rapat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diyakini siap mengikut tempoh.

Penduduk kampung itu, Suhaimi Maulap, 39, bersyukur dengan projek baru itu yang dapat menyelesai­kan masalah kesesakan bagi penduduk Bentong.

“Apabila projek berkenaan siap kelak, ia memberi pilihan kepada orang ramai sama ada menggunaka­n jalan raya atau menaiki kereta api iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya.

Peniaga, Afzan Md Isa, 39, berkata, pekan Bentong tidak akan sunyi apabila projek CSR itu siap kerana memberi

 ??  ?? PEKERJA di tapak pembinaan lebuh raya CSR arah Bentong-Raub di Kampung Lebu menyiapkan kerja-kerja pembinaan.
PEKERJA di tapak pembinaan lebuh raya CSR arah Bentong-Raub di Kampung Lebu menyiapkan kerja-kerja pembinaan.
 ?? Wan Adnan ?? Kini boleh dikatakan seluruh Parlimen ini mencapai setinggan sifar
Wan Adnan Kini boleh dikatakan seluruh Parlimen ini mencapai setinggan sifar
 ??  ?? FADILLAH meninjau keadaan laluan bertingkat disiapkan tahun lalu.
FADILLAH meninjau keadaan laluan bertingkat disiapkan tahun lalu.
 ??  ?? FADILLAH (depan, dua dari kiri) mendengar penerangan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Datuk Abdul Jalil Mohamad ketika meninjau projek pembinaan laluan bertingkat di Jalan Bukit Ubi.
FADILLAH (depan, dua dari kiri) mendengar penerangan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Datuk Abdul Jalil Mohamad ketika meninjau projek pembinaan laluan bertingkat di Jalan Bukit Ubi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia