Harian Metro

PINTU BARU KE PANTAI TIMUR Jeti pendaratan ikan beri nafas baru

-

 Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5km alternatif elak jalan sesak

pilihan perjalanan kepada orang ramai yang mahu ke Pantai Timur.

Dia yang mengusahak­an kedai makan di Kampung RTP Lebu berkata, bagi pemandu kenderaan berat mungkin lebih selesa memilih jalan lama berbanding pemandu kereta yang lebih cenderung menggunaka­n jalan pintasan untuk segera tiba di destinasi.

Sementara itu, Pengerusi MCA Bentong, Datuk Hoh Khai Mun, berkata, projek itu adalah inisiatif kerajaan dalam membangunk­an bandar Bentong menjadi antara destinasi eko-pelanconga­n dan pelanconga­n agro popular. Kuantan: Jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kemunting, di sini yang beroperasi sejak 1998 banyak membantu nelayan di daerah ini meningkatk­an taraf ekonomi mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Kuantan, Tuan Sulong Tuan Jusoh berkata, projek itu yang dilaksana menerusi dua fasa bukan saja memberi peluang kepada nelayan menjual hasil tangkapan terus kepada pelanggan, bahkan menjadi transit kepada hasil itu untuk dieksport ke negara Eropah.

“Saya sebagai wakil 1,260 ahli persatuan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Bukan setakat menyediaka­n jeti, mereka (kerajaan) memperkena­lkan insentif dan bantuan seperti elaun sara hidup musim tengkujuh, subsidi diesel, insentif membaiki bot dan macam-macam lagi,” katanya.

Tuan Sulong berkata, sebelum ini, kebanyakan nelayan hanya memperoleh sekitar RM4 bagi setiap kilogram tangkapan memandangk­an ia dijual menerusi orang tengah.

Katanya, sebaik jeti beroperasi, nelayan boleh menjual terus ikan kepada pelanggan dengan harga RM10 sekilogram.

Menurutnya, perbezaan harga dan pendapatan diperoleh ketika berurusan melalui orang tengah menjadi punca ramai nelayan berada dalam garis kemiskinan ketika itu.

“Bayangkan sekilogram saja kami rugi RM6, jika 100kg berapa banyak dia (orang tengah) boleh buat duit, sedangkan mereka tidak perlu turun ke laut.

“Apabila kerajaan memperkena­lkan program jihad menghapusk­an orang tengah, kami menyambut baik usaha itu,” katanya.

Selain jeti LKIM Kemunting, kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat menyediaka­n jeti pendaratan ikan untuk nelayan tradisiona­l dan nelayan pantai di Kampung Balok, Kampung Peramu, Kampung Cherok Paloh dan Tanjung Api.

Sementara itu, diminta mengulas pembinaan jambatan kedua Tanjung Lumpur, Tuan Sulong berkata, projek itu tepat pada masanya kerana keadaan trafik di jambatan lama menghubung­kan Tanjung Lumpur dan Kuantan sudah terlalu sesak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PROJEK CSR atasi kesesakan bagi pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur.
PROJEK CSR atasi kesesakan bagi pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur.
 ?? Afzan ?? Pekan Bentong tidak akan sunyi apabila projek CSR itu siap kerana memberi pilihan perjalanan kepada orang ramai yang mahu ke Pantai Timur”
Afzan Pekan Bentong tidak akan sunyi apabila projek CSR itu siap kerana memberi pilihan perjalanan kepada orang ramai yang mahu ke Pantai Timur”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia