Harian Metro

Kerja kayu terapi diri

-

Sitiawan: Usia bukan penghalang kepada bekas pemandu bas, Abdul Rahman Musa, 62, untuk mengusahak­an perabot menggunaka­n kayu palet jenis pain bagi menambah pendapatan­nya.

Pada ketika ini, permintaan terhadap perabot jenis itu semakin meningkat kerana ia menjadi trend masa kini kerana mempunyai nilai estetika tersendiri melalui penambahan saduran warna dan kilatan yang menyuntik elemen moden serta klasik pada perabot dihasilkan.

Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pak Man berkata, dia tidak menyangka hasil kerja tangannya mendapat sambutan walaupun usaha itu pada mulanya sekadar hobi.

Menurutnya, kerja pertukanga­n itu dilakukan sepenuh masa sejak tujuh bulan lalu selepas percubaann­ya dalam bidang perniagaan lain tidak berhasil.

“Memang jika diikutkan pada usia saya ini jarang ada individu yang baru memulakan usaha membuat perabot seperti ini kerana kebiasaann­ya dilakukan mereka yang lebih muda.

“Walaupun saya masih baru (terbabit dalam bidang ini), ada pelanggan terkejut (melihat perabot dihasilkan) kerana menyangka saya sudah lama mengambil tempahan,” katanya di bengkelnya di Kampung Batu 10 Lekir di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, baginya usia bukan pengukur untuk seseorang itu memulakan kerja pertukanga­n, malah menganggap kerja itu sebagai ‘terapi’ dirinya yang sememangny­a minat dengan kerja kayu.

“Saya memang suka bekerja, kalau duduk saja badan akan rasa sakit dan kerja kayu ini lebih kepada minat sahaja sebenarnya yang memberikan kepuasan diri,” katanya.

Menurutnya, kerja kemahiran bertukang sudah sebati dengan dirinya sejak kecil lagi namun sebelum ini hanya membuat perabot seperti kabinet hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

 ??  ?? ABDUL Rahman menyiapkan kerusi yang dihasilkan daripada kayu palet kayu tempahan pelanggan.
ABDUL Rahman menyiapkan kerusi yang dihasilkan daripada kayu palet kayu tempahan pelanggan.
 ??  ?? SOFA daripada tong dram yang dihasilkan Abdul Rahman.
SOFA daripada tong dram yang dihasilkan Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia