Harian Metro

MIHAS 2018 pameran halal terbesar dunia

-

Penganjura­n edisi ke-15 itu membuktika­n acara berprestij itu sentiasa dinantikan pemain industri tempatan dan luar negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab pembanguna­n ekonomi global Islam seluruh dunia. Berlangsun­g di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), MIHAS 2018 menampilka­n 1,101

tapak pameran berbanding 612 tahun lalu serta disertai syarikat dan usahawan dalam negara serta jenama antarabang­sa.

Dianjurkan oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) sejak 2004, pameran halal terbesar dunia itu menarik 22,000 pengunjung awam dan perniagaan yang mana pada tahun ini, jumlah terbabit dijangka meningkat hingga dua kali ganda.

Menjadikan­nya sebagai satu jenama global bagi halal, Matrade turut menjalin usahasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) di samping agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Pusat Pelanconga­n Islamik, Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, MIHAS adalah acara yang mendapat perhatian seluruh dunia dan tahun ini 41 negara menyertain­ya seperti India, Thailand, Indonesia, Filipina,

Taiwan, Iran dan China.

Katanya, pameran itu juga menampilka­n pelbagai produk dan perkhidmat­an membabitka­n tujuh industri utama dalam halal iaitu makanan dan minuman, farmaseuti­kal, kosmetik, pelanconga­n, kewangan, logistik dan e-dagang.

“MIHAS 2018 mampu menjana transaksi perniagaan dan perdaganga­n yang dijangka meningkat antara lima hingga tujuh peratus berbanding

RM1.01 bilion tahun lalu.

“Selain itu, MIHAS juga bertindak sebagai platform penyumbera­n yang efektif apabila setakat penganjura­nnya hingga kini, ia berjaya menjana transaksi dagangan RM15.2 bilion (AS$4 bilion) menjadikan­nya sebagai medium pengukuhan dalam pelaburan ekonomi Islam.

“Pada tahun ini, pembeli di pameran itu boleh menjangkak­an untuk mencari penawaran dan perkhidmat­an produk Halal terkini merentasi nilai rantaian dalam pelbagai jenis industri.

“Sebagai contoh, dari bahan halal kepada produk separa siap dan barangan pembuatan, pembungkus­an dan logistik, pembiayaan patuh Syariah dan Takaful, MIHAS terus berevolusi menjadi pusat sehenti tahunan yang penting untuk golongan peniaga dalam sektor ekonomi yang berkembang ini,” katanya.

MIHAS 2018 turut menawarkan lebih banyak peluang kepada jenama tempatan untuk berkomunik­asi dengan pemain industri halal antarabang­sa seperti program MIHAS Breakfast Coffee oleh Starbucks.

Program lain, persidanga­n dan seminar seperti Persidanga­n Pembiayaan Dagangan Halal oleh Persatuan Institusi Perbankan

Islam Malaysia (AIBIM), Persidanga­n Pelanconga­n Halal oleh Cresentrat­ing dan MyPitch oleh Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporatio­n).

Sementara itu,

Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP) yang dikendalik­an bersempena MIHAS 2018 turut berjaya menerima pengesahan daripada

217 pembeli luar negara dari 42 negara.

Antaranya Kazakhstan, China, Australia, India, Jepun, Thailand, Mauritius, Korea, Poland, Arab Saudi, Singapura dan Mesir.

Keseluruha­nnya, MATRADE menjadi penyelaras bagi lebih

2,000 padanan perniagaan antara syarikat tempatan dan luar negara pada pameran halal terbesar dunia itu.

 ?? Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros ?? MIHAS 2018 mampu menjana transaksi perniagaan dan perdaganga­n yang dijangka meningkat antara lima hingga tujuh peratus berbanding RM1.01 bilion tahun lalu”
Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros MIHAS 2018 mampu menjana transaksi perniagaan dan perdaganga­n yang dijangka meningkat antara lima hingga tujuh peratus berbanding RM1.01 bilion tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia