Harian Metro

Nasihat percuma

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) menyediaka­n khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi di negara ini.

Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata, menerusi inisiatif itu, ia dapat membendung risiko penipuan oleh sindiket tertentu yang menawarkan pelbagai jenis kursus dengan pakej tertentu seperti rebat dan elaun harian yang sebenarnya tidak wujud.

Katanya, sejak dua tahun lalu, GPMS menerima aduan daripada ibu bapa yang musykil bagaimana pusat pengajian swasta boleh menawarkan tempat kepada anak mereka biarpun tiada pemohonan dibuat untuk menyambung pengajian.

“Kita juga hairan bagaimana maklumat pelajar ini diperoleh pihak lain. Mungkin ada sindiket tertentu yang mendapatka­n data mereka, tetapi kita dimaklumka­n ibu bapa kurang senang dengan tawaran ini kerana tiada permohonan dibuat.

“Saya nasihatkan pelajar dan ibu bapa yang menerima tawaran daripada mana-mana kolej, mereka perlu padankan dengan keputusan terlebih dulu. Kalau cemerlang, lebih elok utamakan kemasukan ke universiti awam (UA).

“Jika tidak, boleh ke Kolej Tingkatan Enam kerana kita perlu tahu, kolej swasta ini biasanya berasaskan perniagaan. Ianya membabitka­n kos, jadi kena teliti sebaiknya. Atau pun semak dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) status setiap tawaran bagi mengelakka­n kekeliruan,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Zambri berkata, pihaknya juga menggesa setiap kolej swasta supaya tidak hanya mementingk­an keuntungan semata-mata sehingga meletakkan pelajar di dalam risiko kerana ia membabitka­n masa depan mereka.

 GPMS sedia bantu lepasan SPM pilih pusat pengajian

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia