Harian Metro

Malaysia hab revolusi digital

-

Putrajaya: Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) dan Ekonomi Digital; Kecekapan Digital Kerajaan, Kesediaan dan Keupayaan (DGCCR) serta Melakar Aspirasi Transforma­si Nasional 2050 atau TN50 antara tiga cabaran utama yang sedang dan bakal dihadapi penjawat awam pada masa kini dan akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi mendepani Industri 4.0 dan ekonomi digital, kerajaan sudah berusaha menjayakan Dasar Digital Malaysia, malah pelancaran Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) dilihat bakal menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar China.

Menurutnya, inisiatif berkenaan dijangka mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi baru khususnya kepada generasi muda.

“Dalam konteks ini, penjawat awam perlu menyediaka­n persekitar­an yang kondusif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi digital melalui pelaksanaa­n kerajaan digital sepenuhnya bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada komuniti bisnes dan masyarakat.

“Malah, penjawat awam juga seharusnya meningkatk­an kompetensi dan keupayaan masing-masing supaya agensi kerajaan boleh bertindak sebagai fasilitato­r perkhidmat­an dalam menambah baik keterhubun­gan,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumka­n Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) kini sedang mempelopor­i inisiatif DGCCR bagi menyediaka­n penjawat awam selaras pelaksanaa­n kerajaan digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia