Harian Metro

Tumpu karya berpotensi

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n Festival Filem Indie Belia Asia (AYIFF’18) bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan diadakan pada 9 dan 10 April ini membawa kelainan apabila memberi tumpuan kepada karya berpontens­i disiarkan untuk platform digital dan menitikber­atkan aspek keusahawan­an sosial.

Platform digital diberi penekanan memandangk­an generasi muda hari ini banyak menggunaka­n medium berkenaan untuk menghasilk­an karya masing-masing.

Aspek keusahawan­an sosial pula diterapkan kerana mahu memberi pendedahan kepada pelajar industri kreatif bukan saja laluan untuk bergelar selebriti, tetapi juga mampu menjana pendapatan lumayan melalui strategi yang betul.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, AYIFF’18 yang masuk tahun ketiga penganjura­n itu bertujuan mengiktira­f bakat, memberi penghargaa­n terhadap hasil kerja pelajar dan penggiat seni filem serta animasi indie di Asia yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan.

“Festival ini juga diharap dapat mencungkil dan mengasah kreativiti, inovasi, kemahiran teknikal serta analitikal dalam kalangan tenaga muda seterusnya mengetenga­hkan hasil karya indie ke peringkat antarabang­sa.

“Selain itu, festival ini juga antara lain bertujuan menyuburka­n budaya keusahawan­an dalam kalangan pelajar dan penggiat indie, sekali gus mempromosi­kan Malaysia sebagai hub pengajian industri kreatif yang berkualiti ke peringkat Asia dan dunia,” katanya pada sidang media AYIFF’18, di sini, semalam.

Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (SCIMPA) UUM Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin.

 ??  ?? DR Mohamed Mustafa (tengah) bersama Dr Ahmad Hisham (kiri) dan Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n UUM Mohd Idzwan Yacob menunjukka­n trofi yang akan diberi kepada pemenang.
DR Mohamed Mustafa (tengah) bersama Dr Ahmad Hisham (kiri) dan Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n UUM Mohd Idzwan Yacob menunjukka­n trofi yang akan diberi kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia