Harian Metro

Wajib idah tiga kali suci

- Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

 Wanita diceraikan tak boleh berkahwin lain dalam tempoh itu

aya bercerai secara fasakh pada November tahun lalu. Selama lapan tahun usia perkahwina­n sebelum ini, saya dikurniaka­n dua anak. Sebelum bercerai, memang kami langsung tidak melakukan persetubuh­an, seingat saya selama dua bulan.

Adakah perlu saya menjalani waktu idah selama tiga kali suci sedangkan dalam tempoh itu saya yakin tiada air mani di dalam rahim saya kerana kami tidak melakukan hubungan kelamin.

Ingin tahu Ampang Jaya

Idah adalah tempoh tertentu ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Hukum idah menurut syarak adalah wajib.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat

228 yang bermaksud: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembuny­ikan (tidak memberitah­u tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suamisuami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak) dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Selanjutny­a, dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraika­n isteri-isteri (kamu), maka ceraikanla­h mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul) serta bertakwala­h kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluark­an mereka dari rumah-rumah kediamanny­a (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarn­ya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhn­ya ia berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).

Menjalani tempoh idah apabila berlakunya perceraian antara suami isteri itu adalah wajib sama ada talak itu talak raj’ie atau talak ba’in.

Talak raj’ie ialah memberi hak kepada suami kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh idah manakala talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baru.

Talak ba’in pula terbahagi kepada dua iaitu ba’in ‘baynunah sughra’ dan ba’in ‘baynunah kubra’.

Ba’in sughra ialah perceraian berlaku sebelum berlaku persetubuh­an sama ada secara talak satu atau dua atau secara fasakh dan khulu’.

Ba’in kubra ialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

Terdapat beberapa hikmah pensyariat­an idah kepada wanita Islam. Antara hikmahnya ialah:

1. Memastikan rahim kosong daripada benih suami terdahulu. Ia untuk mengelakka­n percampura­n benih antara suami dahulu dengan suami yang baru dikahwinin­ya.

2. Bagi idah talak raj’ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri berfikir dan menilai semula tindakan dan kesilapan yang dilakukan termasuk kesan perceraian yang berlaku.

Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada suami kembali merujuk kepada isterinya.

3. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh idah adalah sebagai tempoh berkabung bagi menghormat­i dan mengingati nikmat perkahwina­n terdahulu.

Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami selain menzahirka­n kesetiaan isteri kepada suaminya. Berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

Bagaimana jika bercerai secara fasakh atau khulu’? Bagi wanita yang sedang menjalani idah talak ba’in, mereka diwajibkan juga beridah bagi mencapai hikmah yang dinyatakan dan mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh berkenaan.

Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwina­n dilangsung­kan ketika dalam tempoh itu, pernikahan tidak sah dan pasangan itu wajib dipisahkan.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehka­n keluar rumah adalah untuk bekerja, mendapatka­n rawatan perubatan dan keperluan lain yang penting dan mendesak dengan syarat mereka menjaga peraturan dan adab seperti yang disyariatk­an Islam.

Larangan keluar rumah juga termasuk keluar bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat haji.

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaann­ya tinggal ketika masih dalam ikatan perkahwina­n.

Ini kerana sepanjang tempoh idah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajip­an menyediaka­n tempat tinggal kepada bekas isteri dan dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan itu.

Sudah pasti terdapat hikmah yang besar di sebalik setiap perkara yang disyariatk­an Islam

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia