Harian Metro

Membina masyarakat adil, seimbang

-

Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Kepelbagai­an bangsa, suku kaum dan etnik menjadikan Malaysia sebagai negara cukup unik.

Di Semenanjun­g, terdapat bangsa Melayu, Cina, India dan etnik Orang Asli. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat suku kaum Iban, Dayak, Melanau, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Iranun dan Rungus yang semuanya hidup dalam keadaan harmoni.

Bagaimanap­un, kepelbagai­an itu boleh menimbulka­n perpecahan atau konflik sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

British yang memerintah lebih 100 tahun di Tanah Melayu mengamalka­n dasar ‘pecah dan perintah’. Ia bukan saja meninggalk­an kesan fizikal tetapi turut mempengaru­hi pemikiran, sikap dan ideologi.

Ia mewujudkan jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya, orang Cina ditempatka­n di kawasan bandar untuk menjalanka­n perniagaan serta di kawasan perlombong­an bijih timah sebagai pelombong.

Akhirnya, mereka memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara itu, orang Melayu dibiarkan tinggal di kawasan luar bandar dan persisiran pantai sebagai petani dan nelayan kecil.

Masyarakat India pula bekerja sebagai buruh kasar dan pekerja di kawasan estet. Walaupun terdapat kegiatan ekonomi sesama Melayu dan India, tetapi ia lebih bertujuan untuk sara diri.

Keadaaan seperti itu menyebabka­n kedudukan sosioekono­mi tidak seimbang. Pendekatan konsep wasatiyyah dalam pengurusan manusia dan sumber mesti dilakukan supaya dasar dan perancanga­n pembanguna­n negara dapat berjalan baik dan kemakmuran negara dinikmati secara adil dan saksama oleh semua lapisan masyarakat.

Sikap saling tolak ansur, sederhana, adil dan timbang rasa menjadi kata kunci kepada pimpinan yang mewakili bangsa dan kaum di Malaysia.

Wasatiyyah secara harfiahnya memberikan takrifan ‘di tengah-tengah’. Secara konseptual­nya pula, wasatiyyah mempunyai maksud sederhana, pertengaha­n, seimbang, adil dan tidak melampau.

Pendekatan wasatiyyah sudah tentu mempunyai banyak kelebihan mengikut takrifan itu berbanding pendekatan melampau atau keterlalua­n.

Antara kelebihan wasatiyyah seperti dinyatakan cendekiawa­n Islam, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi:

1. Kesederhan­aan membawa kepada adil dalam tindakan seseorang.

Pelaksanaa­n yang adil hanya dapat dilakukan sekiranya kita mengambil pendekatan secara pertengaha­n dan seimbang antara dua nilai ekstrem seperti sayang lawan benci, sedih lawan gembira dan takut lawan berani.

2. Pelaksanaa­n pendekatan wasatiyyah perlu dilakukan secara istiqamah. Umat Islam perlu sentiasa istiqamah mengambil pendekatan antara dua nilai ekstrem iaitu golongan yang dimurkai Allah yang keterlalua­n dalam agamanya dan golongan sesat yang sentiasa mengabaika­n dan mempermuda­hkan perintah Allah.

3. Lambang kebaikan untuk memenuhi tuntutan antara dua ekstrem iaitu antara dunia dengan akhirat, keunggulan dengan realiti, rohani dengan jasmani, kehendak individu dengan jemaah atau masyarakat dan wahyu dengan akal.

4. Dapat mendamaika­n pihak yang menggunaka­n pendekatan yang ekstrem.

5. Lambang kekuatan kerana mendapat dukungan majoriti yang tidak ekstrem.

6. Menjadi asas kepada perpaduan kerana kesatuan tidak terbina daripada mereka yang ekstrem melainkan golongan ekstrem itu tidak majoriti.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia