Harian Metro

Biar polis siasat

-

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis akan melakukan siasatan berhubung penahanan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berhubung penyalahgu­naan dadah, kelmarin.

Menurut beliau, siasatan terperinci itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan, biar polis siasat,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada kes itu tindakan sabotaj pihak tertentu.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Halal Sedunia 2018 Kuala Lumpur di sini, semalam.

Media Isnin lalu melaporkan, Rizalman ditahan di sebuah kelab malam di Jalan Imbi di sini, dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Hasil siasatan awal polis mendapati beliau dan beberapa lagi rakannya positif dadah.

Rizalman pada sidang media, semalam mendakwa disabotaj berhubung penahanann­ya serta terbabit dalam penyalahgu­naan dadah seperti laporan media, kelmarin.

Rizalman berkata, dia tidak pernah terbabit dalam sebarang pengambila­n dadah seperti yang tersebar dan yakin ia satu perangkap terhadapny­a bertujuan merosakkan nama baiknya.

“Saya akan menggunaka­n segala saluran yang ada untuk mempertaha­nkan diri dan membersihk­an nama saya, keluarga saya dan UMNO serta Barisan Nasional (BN).

“Usaha saya selama 14 tahun di sini akan tetap diteruskan bagi membantu BN di Bandar Tun Razak selagi parti mengizinka­n saya untuk terus berkhidmat,” katanya dalam sidang media khas di Pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia