Harian Metro

15 tahun merindu

 Ibu berendam air mata anak sulung ‘ghaib’ tanpa berita

- Nor Azizah Mokhtar news@nstp.com.my

Lima belas tahun berendam air mata. Itu kisah sedih dilalui seorang ibu yang kehilangan anak sulungnya selepas lelaki berkenaan ‘ghaib’ tanpa khabar berita.

Sampai pada satu tahap wanita berkenaan hampir berputus asa dan beranggapa­n anak lelakinya itu sudah meninggal dunia.

Andera Che Ibrahim, 36, berkata, perasaan itu dirasai ibu, Siti Aminah Ab Razak, 61, apabila abangnya, Azman, 42, langsung tidak pulang atau menghubung­i keluarga mereka sejak 15 tahun lalu.

“Sudah 15 tahun abang menghilang­kan diri. Sampai satu tahap, ibu hampir berputus asa dan menganggap abang sudah meninggal dunia,” katanya di Balai Berita, di sini, semalam.

Katanya, Azman yang juga anak sulung daripada enam beradik menghilang­kan diri dipercayai kerana berkecil hati selepas dimarahi ibunya.

Katanya, kali terakhir Azman pulang ke rumah keluarga mereka di FELDA Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan pada November 2003.

“Abang pulang untuk beberapa hari dan itu kali terakhir dia bertemu ibu dan ayah di kampung.

“Saya sendiri kali terakhir bertemunya pada Julai 2003 ketika dia pulang ke Gemas untuk majlis perkahwina­n saya, selepas itu saya langsung tidak pernah bertemunya sehingga hari ini,” katanya.

Difahamkan, Azman ketika itu bekerja sebagai kelindan lori di Terengganu dan hanya akan pulang ke kampung untuk tempoh empat atau lima bulan sekali.

Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, selepas beberapa tahun abangnya menghilang­kan diri, ibu dan bapanya, Che Ibrahim Hamad, 62, hampir berputus asa untuk mencari dan menunggu kepulangan Azman.

“Sehingga beberapa bulan lalu apabila menerima khabar daripada jiran memaklumka­n ada terjumpa abang di Kajang, Selangor.

“Ibu begitu teruja dan mula berharap dapat bertemu abang semula kerana terlalu merinduiny­a, namun kami kehilangan punca bagaimana untuk mencari atau menghubung­inya,” katanya.

Justeru, Andera berharap sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai abangnya dapat menghubung­inya di talian 010 3220086 atau ibunya di talian 013 6503361.

 ??  ?? ANDERA menunjukka­n gambar dan laporan polis mengenai kehilangan abangnya, Azman.
ANDERA menunjukka­n gambar dan laporan polis mengenai kehilangan abangnya, Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia