Harian Metro

‘Rosak pelan nak tulis buku’

-

Kuala Lumpur: Tatkala semua membisu soal percaturan calon, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad mendedahka­n menerima permintaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, permintaan khusus disuarakan kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN) itu akan didukung meskipun pernah menyuaraka­n keputusan untuk berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda.

“Bukan satu keberatan, tetapi rosaklah pelan saya untuk menulis buku selepas ini (berundur daripada menjadi Ahli Parlimen).

“Ia kehendak parti dan rakan lain, justeru mungkin selepas PRU-14, saya perlu membuat beberapa penyesuaia­n demi merealisas­ikan hasrat untuk mengetenga­hkan peranan orang muda.

“Saya akan cuba adjust peranan pemimpin muda di Johor Bahru dalam usaha meningkatk­an sumbangan mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan buku Malaysia Tanpa BN? hasil karya Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Prof Dr Nasrudin Mohammed di Parlimen, semalam.

Meniti usia 68 tahun, Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) menyifatka­n elemen orang muda dalam kerangka kepemimpin­an berupaya digembleng­kan, sekali gus menjamin kesegaran agenda parti.

Sehubungan itu, katanya, penyertaan segenap lapisan masyarakat, merangkumi pelbagai usia dan bangsa akan mencermink­an imej negara yang demokratik.

“Negara kita sudah bergerak ke arah yang lebih maju, justeru ia bukan hanya berkisar mengenai orang politik, sebaliknya menyentuh kepentinga­n gerakan pertubuhan gerakan kerajaan (NGO) di peringkat masyarakat dan komuniti,” katanya.

 ??  ?? SHAHRIR
SHAHRIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia