Harian Metro

Lautan biru banjiri Axiata Arena Sabtu ini

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 40,000 ahli Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara dijangka hadir pada pengumuman Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 8 malam, Sabtu ini.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman manifesto itu yang akan dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Beliau berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana persiapan untuk majlis itu berjalan lancar dan kini mencapai 80 peratus.

“Lawatan hari ini (semalam) juga meninjau kedudukan pemerhati dari seluruh negara di dalam stadium.

“Seramai 9,000 orang akan berada di dalam stadium, manakala selebihnya di luar dan kita akan sediakan skrin LCD besar untuk melihat pelancaran dalam suasana selesa dan santai,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak lokasi pelancaran di Bukit Jalil semalam.

Terdahulu, Ab Rauf mempengeru­sikan Mesyuarat Teknikal yang turut dihadiri semua wakil perhubunga­n UMNO negeri selain agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Menurut Ab Rauf, urus setia juga menyediaka­n makanan percuma bagi semua peserta, selain jaminan aspek keselamata­n dengan lebih 400 anggota polis bertugas sepanjang majlis serta dibantu RELA.

“Daripada taklimat tadi (semalam), pihak polis memberitah­u akan menambah beberapa kaedah keselamata­n bagi memastikan peserta yang masuk ke dalam dewan ini adalah selamat dan terkawal,” katanya.

 ??  ?? AB Rauf (kanan) meninjau persiapan di Axiata Arena, semalam.
AB Rauf (kanan) meninjau persiapan di Axiata Arena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia