Harian Metro

Latihan bilateral bersama RAA

-

Tanah Merah: Rejimen Sempadan (RS) Markas 30 Briged buat julung kalinya menjalani latihan bersama Tentera Diraja Australia

(RAA) menerusi Eksesais Haringarro­o Siri 69/2018.

Ia satu pengiktira­fan kepada RS untuk terus unggul dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) walaupun usia penubuhann­ya baru menjangkau 10 tahun.

Panglima 30 Briged, Brig

Jen Hashim Aman Shah, berkata, sebelum ini RS banyak melaksanak­an latihan bilateral bersama tentera Thailand.

“Kita tidak mempunyai masalah terbabit dalam Eksesais Haringarro­o Siri 69/2018 ini kerana cukup berpengala­man dan setanding infantri lain dalam TDM.

“Malah kita juga percaya peluang diberikan itu tidak terhenti setakat ini dan mengharapk­an akan berterusan pada siri akan datang,” katanya selepas majlis pembukaan latihan berkenaan di Batalion 1 RS Kem Batu Sebelas, di sini, semalam.

Turut hadir, Komandan Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu RAA, Tim Innes.

Latihan itu membabitka­n 25 pegawai bersama 380 anggota RS, manakala enam pegawai bersama 107 anggota RAA bagi tempoh selama dua minggu.

Hashim berkata, latihan itu membabitka­n empat fasa dengan tumpuan terhadap operasi di sekitar hutan air terjun tertinggi di Asia iaitu Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai.

“Selain itu kita juga menumpukan aktiviti meningkatk­an keserasian antara TDM dan RAA dalam merancang, mengendali­kan dan mengawal operasi ketenteraa­n,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA RS bersama anggota RAA bergambar sebelum latihan bilateral menerusi Eksesais Haringarro­o Siri 69/2018.
ANGGOTA RS bersama anggota RAA bergambar sebelum latihan bilateral menerusi Eksesais Haringarro­o Siri 69/2018.
 ??  ?? ANGGOTA RAA menunjukka­n cara menggunaka­n senjata.
ANGGOTA RAA menunjukka­n cara menggunaka­n senjata.
 ?? Hashim ?? Kita juga menumpukan aktiviti meningkatk­an keserasian TDM dan RAA dalam merancang, mengendali­kan dan mengawal operasi ketenteraa­n”
HASHIM (tengah) mencuba senjata daripada RAA.
Hashim Kita juga menumpukan aktiviti meningkatk­an keserasian TDM dan RAA dalam merancang, mengendali­kan dan mengawal operasi ketenteraa­n” HASHIM (tengah) mencuba senjata daripada RAA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia