Harian Metro

‘Lesen pinjam’ wangian

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Warga Pakistan monopoli perniagaan jual produk ciplak jenama terkenal

Menggunaka­n nama individu tempatan untuk mendaftar perniagaan sekali gus memonopoli perniagaan di ibu negara dengan menjual produk tiruan jenama terkenal.

Itu taktik warga Pakistan berhijrah ke negara ini yang menjalanka­n perniagaan di ibu negara dengan menawarkan pelbagai produk tiruan yang dibawa dari negara mereka.

Antara barangan tiruan dijual adalah minyak wangi, beg tangan wanita, dompet, tali pinggang, kasut, baju, jam tangan dan pakaian menggunaka­n jenama antarabang­sa terkenal.

Bagaimanap­un, kegiatan penjualan barangan tiruan warga Pakistan itu dihidu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur yang merampas minyak wangi tiruan pelbagai jenama bernilai RM19,000 dalam Ops Barang Tiruan yang diadakan kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, dalam serbuan di tiga premis menjual minyak wangi tiruan itu, pihaknya merampas 1,489 botol minyak wangi menggunaka­n jenama Chanel, Chance dan Chamele.

Katanya, semua barangan itu dibungkus menyamai produk asli dan dijual dengan harga antara RM100 hingga RM200 bergantung kepada saiz botol.

“Serbuan dijalankan bersama wakil jenama berkenaan di negara ini yang mengesan kegiatan tiga premis terbabit menjual produk tiruan menggunaka­n jenama mereka. “Dalam serbuan itu, tiga pasukan dibentuk membabitka­n kekuatan sembilan penguat kuasa

KPDNKK Kuala Lumpur yang bertindak menyerbu premis berkenaan serentak,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Shahran berkata, semua produk tiruan itu dirampas mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati premis terbabit dimiliki warga Pakistan namun mereka menjalanka­n perniagaan dengan menggunaka­n lesen individu tempatan.

“Difahamkan, warga Pakistan terbabit membayar sejumlah wang kepada individu tempatan sebagai persetujua­n menggunaka­n nama mereka dalam pendaftara­n lesen perniagaan.

“Bukan itu saja, mereka lazimnya akan memaklumka­n konon hanya bekerja di premis terbabit dan tidak tahu menahu mengenai produk tiruan dijual.

“Namun, hasil risikan mendapati mereka sendiri adalah pemilik premis dan ada barangan tiruan berkenaan dibawa dari negara asal mereka di Pakistan selain diimport dari negara lain seperti China, India dan Vietnam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK memeriksa produk tiruan dalam Op Barang Tiruan.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK memeriksa produk tiruan dalam Op Barang Tiruan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia