Harian Metro

Pendapatan berganda

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

Kedai makan yang diusahakan kelihatan tidak berkembang dan seakan-akan hilang daya maju, membuatkan Harnini Fazleen Razali buntu selepas lebih 10 tahun berniaga.

Namun, Harnini bernasib baik apabila dipilih menyertai program Empower ECER yang dianjurkan Majlis Pembanguna­n Wilayah Pantai Timur (ECERDC) pada 2016.

Hasil penyertaan­nya dalam program itu, beliau mula melihat peluang yang terhidang apabila meneroka cabang baru perniagaan dengan menawarkan khidmat katering yang dimulakan sejak dua tahun lalu dan memberi pulangan lumayan.

Ibu kepada tiga anak yang berasal dari Kedah itu berkata, sebelum menyertai program Empower ECER, perniagaan­nya yang berskala kecil hanya meraih pulangan sekadar cukup menampung perbelanja­an harian keluarga.

“Apabila menyertai program berkenaan saya diajar mengenai ilmu keusahawan­an, bagaimana untuk memajukan perniagaan dan membuka peluang bagi saya mengembang­kan perniagaan ini.

“Hasilnya, kedai makan saya bertambah maju dan kini mempunyai cabang perniagaan baru dengan mengusahak­an katering.

“Alhamdulil­lah, pendapatan saya meningkat lebih 90 peratus berbanding sebelum menyertai program itu,” katanya ditemui di kedai makannya dekat Inderapura, di sini.

Menerusi program Empower ECER, Harnini Fazleen yang lebih mesra disapa Nini, turut mendapat dana serta bantuan peralatan katering daripada ECERDC.

Selain itu, beliau turut membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mengembang­kan perniagaan­nya.

“Jika mahu membuat pinjaman menerusi institusi perbankan mungkin saya tidak layak dan saya mengambil keputusan membuat pinjaman dengan AIM yang lebih mudah bagi peniaga kecil seperti saya.

 Peniaga kedai makan kembang perniagaan selepas sertai Program Empower ECER

“Saya bersyukur kerana dengan pinjaman itu dapat mengembang­kan perniagaan. Setakat ini saya meminjam dengan AIM hampir RM100,000,” katanya.

Katanya, kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan banyak membantu peniaga kecil memulakan perniagaan, sekali gus menggalakk­an mereka menceburi bidang keusahawan­an.

 ??  ?? HARNINI dihadapan kedai makan miliknya di Taman Inderapura.
HARNINI dihadapan kedai makan miliknya di Taman Inderapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia