Harian Metro

Lapang dada terima kritikan

- Mohd Anwar Patho Rohman, Hidir Reduan, Nor Ain Mohamed Radhi, Luqman Arif Abdul Karim dan Siti Nur Mas Erah Amran am@hmetro.com.my

 JAKIM sentiasa dipantau Majlis Raja-Raja Melayu, dibantu nasihat mufti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa berlapang dada terhadap teguran dan kritikan berkaitan dakwaan fahaman Islam dalam JAKIM tidak berada pada landasan betul.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasak dan teras peranan JAKIM sentiasa dipantau Majlis Raja-Raja Melayu serta dibantu dengan nasihat daripada mufti.

Selain itu, katanya, Parlimen sebagai badan perundanga­n negara boleh menyuaraka­n teguran sekiranya mendapati JAKIM berada di landasan tidak benar.

“Selaras Perkara 37 Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu sumpah Yang Dipertuan Agong sentiasa memelihara Islam cukup memberi keyakinan agama diterajui Majlis Raja-Raja Melayu.

“Peranan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan sentiasa membantu Majlis Raja-Raja Melayu dalam memastikan usaha dirangka kerajaan sentiasa seiring panduan syarak, Ahli Sunnah Wal Jamaah serta al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) di Dewan Rakyat semalam, mengenai dakwaan bahawa fahaman Islam dalam JAKIM tidak berada pada landasan betul selain usaha menangani penularan fahaman liberal. Katanya, penguatkua­saan undang-undang berkaitan akidah terletak pada bidang kuasa kerajaan negeri, namun JAKIM sentiasa menjalin hubungan akrab dengan MAIN.

“Kita menyelaras bukan sekadar usaha penguatkua­saan tetapi program pencerahan supaya apa pendekatan Islam dalam kerangka Malaysia seperti wasatiyyah atau kesederhan­aan.

“Kerangka ini tidak hanya melihat ekstremism­e bersifat radikal tetapi mencakupi ekstremism­e bersifat liberal yang cuba mencabut identiti keagamaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia