Harian Metro

Kadar pembayaran balik PTPTN meningkat

-

Kuala Lumpur: Kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga Februari lalu adalah RM1.84 bilion.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peningkata­n bayaran balik susulan pelbagai tindakan termasuk menyenarai­hitamkan peminjam culas itu, berupaya menampung pembiayaan pengajian 76,000 penuntut baru.

Katanya, tanggapan segelintir pihak bahawa tindakan punitif yang menyekat perjalanan keluar peminjam bersifat menindas atau mengongkon­g adalah tidak benar.

“Senarai hitam menerusi kerjasama dengan Jabatan Imigresen adalah pendekatan mendidik bagi memastikan peminjam PTPTN tidak lebih terbeban pada kemudian hari.

“Ia langkah akhir terhadap peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik melebihi enam bulan,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat semalam.

Mohd Khairuddin meminta perincian prosedur menyenarai­hitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN selepas menamatkan pengajian.

Mary Yap berkata, prosedur menyekat perjalanan itu selaras peruntukan Seksyen 22A Akta PTPTN 1997 atau Akta 566 yang membenarka­n nama peminjam disenarai hitam dalam pangkalan data Jabatan Imigresen.

Menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) berhubung hasutan segelintir pihak, kononnya peminjam tidak perlu menjelaska­n hutang PTPTN, beliau berkata, kenyataan berkenaan tidak berasas.

Beliau sebaliknya menjelaska­n, bayaran balik penting bagi memastikan dana pusingan untuk membiayai pengajian penuntut baru berupaya dilaksanak­an.

 ??  ?? YAP
YAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia