Harian Metro

Selangor lengah lulus beri milikan tanah 50 ekar

-

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan negeri Selangor yang didakwa melengah-lengahkan kelulusan permohonan pemberi milikan tanah seluas 50 ekar kepada Kerajaan Persekutua­n membantutk­an pelaksanaa­n pembinaan Hospital Kapar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, 12 surat sudah dikirim daripada 2012 hingga 2017 dan setiap balasan jawapan kerajaan negeri memakan masa lebih daripada setahun.

“Kementeria­n Kesihatan sudah mengemukak­an permohonan pemberi milikan bagi tapak terbabit kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) pada 11 Oktober lalu.

“Susulan itu, JKPTG membuat permohonan bagi mendapatka­n kelulusan supaya kadar premium yang akan dikenakan kerajaan negeri adalah pada kadar nominal kepada Pejabat Tanah dan Daerah dan Tanah Klang.

“Permohonan milikan tanah berkenaan masih dalam tindakan pejabat tanah dan akhirnya, kerajaan negeri mengarahka­n pemilik tanah (Sime Darby) untuk menyerahka­n tanah terbabit kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan G Manivannan (PKR-Kapar) berhubung had masa yang ditetapkan kementeria­n bagi projek pembinaan hospital di seluruh negara ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berharap Manivannan dapat membantu kementeria­n mendapatka­n tanah terbabit bagi membolehka­n pembinaan hospital disegeraka­n.

“Selain hospital, Kerajaan Persekutua­n sudah meluluskan projek pembinaan Klinik Kesihatan jenis 3 berserta kuarters di Kapar yang menelan kos RM25.7 juta,” katanya.

 ??  ?? HILMI
HILMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia