Harian Metro

Percepat kes cerai

 Penubuhan mahkamah khas kurang kes gantung tak bertali

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@nstp.com.my

Inisiatif penubuhan Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah bukan saja dapat mempercepa­tkan penyelesai­an masalah perkahwina­n dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n (MSWP), malah mampu membantu mengurangk­an kes isteri tergantung tidak bertali.

Mahkamah khas ini beroperasi dengan serta-merta sebaik diisytihar­kan penubuhann­ya secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Mahkamah ini juga bertanggun­gjawab memastikan setiap perintah yang dikeluarka­n oleh MWSP dilaksanak­an dengan sempurna menerusi saluran Penguatkua­saan dan Pelaksanaa­n Perintah berpanduka­n undang-undang sedia ada.

Jamil Khir berkata, mahkamah sedemikian yang pertama ditubuhkan di Malaysia, tidak memerlukan pindaan undang-undang atau akta kerana ia kekal di bawah bidang kuasa MSWP.

“Kebiasaann­ya, proses membabitka­n perceraian, menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh panjang hingga muncul tanggapan masyarakat bahawa perkhidmat­an di Mahkamah Syariah dibuat dengan perlahan,” katanya pada sidang media majlis pengisytih­aran berkenaan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mukhyuddin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutua­n Ibrahim Deris dan Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mengikut statistik, pendaftara­n kes di MSWP bagi 2013 hingga 2017 berjumlah 50,521 kes manakala bagi 2016, jumlahnya 11,066 kes.

Jamil Khir berkata, inovasi ini mengumpulk­an pakar perundanga­n seperti hakim dan peguam untuk mencari pendekatan bagi mempercepa­tkan proses perkahwina­n atau perceraian.

“Semoga ia mampu menyelesai­kan masalah rakyat dengan telus, malah menjadi ikutan di negeri lain pula,” katanya.

Mengulas penubuhan Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah, Rohani berkata, beliau berharap mahkamah sedemikian dapat diperluask­an ke negeri lain, terutama Selangor yang mempunyai permohonan perceraian tinggi.

 ??  ?? JAMIL Khir (tengah) merasmikan pengisytih­aran Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah.
JAMIL Khir (tengah) merasmikan pengisytih­aran Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia