Harian Metro

Sanggup tertipu lebih sekali

 Mangsa sindiket enggan duduki ujian memandu sah sanggup berhabis dapatkan lesen palsu di media sosial

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

Satu lesen belasan ribu ringgit. Bunyinya tidak masuk akal, tetapi itu yang berlaku minggu lalu apabila ada sindiket menawarkan lesen memandu segera tanpa perlu menduduki ujian.

Hasil maklumat awam, Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) melakukan penyamaran dan berhubung dengan individu yang mendakwa boleh membantu pengguna memiliki lesen dengan bayaran tertentu.

Pengerusin­ya Mohammad Hisham Shafie berkata, sejak enam bulan lalu, pihaknya menerima lebih 50 aduan iklan lesen di Facebook dan WeChat

Ini yang saya selalu tekankan dalam mana-mana program bersama masyarakat pengguna jalan raya. Kita ada saluran sah, duduki ujian dan dapat lesen. Tidak ada risiko ditipu dan sebagainya Mohammad Hisham Shafie

dengan tawaran kononnya lebih rendah daripada harga pasaran.

“Minggu lalu, saya berkomunik­asi melalui Facebook dengan seseorang yang menawarkan peluang memiliki lesen B.

“Selepas beberapa lama berbual, saya setuju bayar RM350 dan dijanjikan mendapat lesen dalam tempoh dua minggu.

“Namun tidak lama kemudian, individu berkenaan menghilang­kan diri dan usaha berhubung di Facebook gagal kerana akaun terbabit tidak lagi aktif.

“Semakan juga mendapati ramai lagi yang membuat tawaran serupa di laman sosial dan yang terbaru, ada yang menggunaka­n aplikasi WeChat,” katanya.

Untuk rekod, ketika ini jumlah bayaran dikenakan institut memandu untuk memiliki lesen kelas B adalah dari RM828 sehingga RM950, kelas B2 (RM370 hingga RM490), kelas D Manual (RM1,234) manakala kelas D Automatik (RM1,500).

Mohammad Hisham berkata, ada juga pengadu yang ditipu lebih sekali hanya kerana ingin memiliki lesen dengan cara mudah tanpa menghadiri ujian ditetapkan pihak berwajib.

“Ada mangsa yang bayar belasan ribu ringgit, tetapi hampa kerana sindiket menghilang­kan diri dan tidak dapat dihubungi. Bila ditanya kenapa, mereka memberi alasan mahu dapatkan lesen dengan mudah.

“Ini yang saya selalu tekankan dalam mana-mana program bersama masyarakat pengguna jalan raya. Kita ada saluran sah, duduki ujian dan dapat lesen. Tidak ada risiko ditipu dan sebagainya.

“Kita dapati ada dua kaedah digunakan sindiket iaitu menghilang­kan diri selepas wang dimasukkan ke dalam akaun dan buat lesen klon.

“PPJK juga mengumpulk­an maklumat untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi membendung perkara ini daripada terus berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA penipuan lesen palsu yang diiklankan di media sosial.
ANTARA penipuan lesen palsu yang diiklankan di media sosial.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia