Harian Metro

Parah diparang dalam pergaduhan

-

Petaling Jaya: Senjata makan tuan. Itu menimpa seorang lelaki apabila parah ditetak dengan parangnya dalam pergaduhan di gelanggang bola keranjang Kampung Chempaka, Kelana Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa berusia 24 tahun dari Kepong pergi ke lokasi berkenaan bersama beberapa rakan untuk bertemu empat lelaki dari Kelana Jaya berhubung masalah pergaduhan beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea, sambil membawa parang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebaik tiba di lokasi mangsa bertemu kumpulan terbabit untuk berbincang bagi menyelesai­kan masalah pergaduhan pelajar berkenaan yang berlaku beberapa hari sebelumnya.

“Polis percaya ketika perbin- cangan, wujud unsur tidak puas hati sebelum parang dibawa mangsa secara tiba-tiba dirampas kumpulan lelaki dari Kampung Chempaka lalu menyerangn­ya.

“Akibat serangan itu, mangsa parah apabila ditetak pada tangan kanan dan kiri serta leher,” katanya, di sini, semalam.

Mohd Zani berkata, pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam terus menggerakk­an Operasi Cantas dan menahan tiga lelaki iaitu penduduk Kampung Chempaka berusia 40 hingga 50 tahun.

“Siasatan mendapati seorang lagi suspek yang turut terbabit dalam kejadian menghilang­kan diri selepas mengetahui polis mengesanny­a,” katanya.

Menurutnya, polis berusaha mendapatka­n maklumat daripada mangsa yang kini ditempatka­n di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk rawatan lanjut selepas lelaki itu disahkan pulih.

 ??  ?? TIGA lelaki yang ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan menyebabka­n seorang lelaki parah ditetak.
TIGA lelaki yang ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan menyebabka­n seorang lelaki parah ditetak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia