Harian Metro

Berdisipli­n, rendah diri

- Zuhainy Zulkiffli cnews@nstp.com.my

 Kenalan pengasas Habib Jewels kongsi cerita

Berdisipli­n, gemar meneroka perkara baru dan merendah diri adalah antara faktor yang mendorong pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed menempa nama dalam bidang yang diceburi.

Perkara itu dikongsi rakan, Abdul Waheed S Abdul Wahab, 69, yang mengenali Allahyarha­m sejak berusia belasan tahun.

Katanya, ketika itu Habib bekerja sebagai pembantu kedai di kedai emas bapanya, Haji S Abdul Wahab Jewellers Sdn Bhd selama beberapa tahun sebelum membuka kedai pertama Habib Jewel di Lebuh Pitt, tidak jauh dari kedai bapanya.

Sebelum itu, Habib sudah melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara keluarga termasuk sebagai penjual bantal dan kopi di sekitar Jalan Datuk Kramat, dekat sini.

“Perniagaan­nya

antara yang terkenal di Pulau Pinang dan dengan hasil usaha itulah dia menghantar lima anaknya belajar ke luar negara.

“Sehingga anak lelakinya Datuk Seri Meer Sadik tamat belajar di Amerika Syarikat, dia pulang ke Pulau Pinang dan mereka membuka cawangan baru di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Waheed berkata, Habib adalah seorang yang sangat obsesi terhadap barang kemas dan memang pakar dalam bidang itu.

Katanya, walaupun sudah terkenal dan berharta, sikapnya yang pemurah amat disenangi kenalan dan peniaga sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling.

“Dulu saya aktif dalam satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan setiap kali hendak meminta tajaan, dia tidak pernah mengecewak­an kami.

“Dia juga tidak lokek berkongsi kepakaran dalam bidang itu dan sehingga kini sudah lebih 10 kakitangan dilatih sehingga masing-masing mampu membuka kedai emas mereka,” katanya.

Jenazah Habib tiba di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak pada jam 2.15 petang selepas disembahya­ngkan di Masjid Kapitan Keling dan dikebumika­n kira-kira sejam kemudian.

Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk sekitar hadir bagi memberi penghormat­an terakhir.

Sementara itu, bekas kakitangan Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya, 45, berkata, dia bergegas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga Allahyarha­m jam 7 pagi.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Habib dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Perak.
JENAZAH Habib dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Perak.
 ?? Abdul Waheed ?? Dia juga tidak lokek berkongsi kepakaran dalam bidang itu”
Abdul Waheed Dia juga tidak lokek berkongsi kepakaran dalam bidang itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia