Harian Metro

Selamba pikul barang curi

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor news@nstp.com.my

Selepas lima bulan diburu polis, seorang pemandu bot pelancong yang juga suspek utama kes pecah rumah di daerah ini akhirnya berjaya ditangkap di Kerling, Melaka pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Zainudin Ahmad berkata, suspek berusia 27 tahun menjadi buruan pihaknya sejak Oktober tahun lalu berkaitan jenayah yang dilakukann­ya di sekitar Teluk Kemang, di sini.

Katanya, suspek menyasarka­n penghuni di kondominiu­m yang menyebabka­n semua mangsanya mengalami kerugian dianggarka­n RM50,000.

“Melalui Op Pintu yang polis jalankan, suspek didapati tinggal di Air Meleleh dan ditangkap di kampungnya di Kerling, Melaka kira-kira jam 5.30 petang.

“Siasatan mendapati, sebaik memecah masuk kediaman, suspek memikul barang curi seperti televisyen, komputer riba dan mesin pencetak. Dia dengan bersahaja membawa barangan itu sambil ke tempat kerja di sebuah pantai di Telok Kemang sejauh satu kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Polis ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Deputi Superinten­dan Mohd Faisal Mohd Noor.

Seramai 100 anggota polis menjayakan program berkenaan.

 Pemandu bot pelancong ditahan kes pecah rumah

 ??  ??
 ??  ?? ZAINUDIN (tengah) menunjukka­n barangan dirampas pihaknya.
ZAINUDIN (tengah) menunjukka­n barangan dirampas pihaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia