Harian Metro

Tuntut ganti rugi RM40 juta

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

“Saya dianiaya dan mahu menuntut hak,” kata ahli perniagaan, Datuk Mohd Bakri @ Bakhari Mohd Noor, 72, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap Galeri Tani Sdn Bhd dan empat lagi kerana menjual tanah milik syarikatny­a tanpa kebenaran.

Mohd Bakri iaitu bekas pengarah syarikat Taba Silver Sdn Bhd memfailkan saman itu melalui Tetuan Azmi Hussain & Co di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, pada 2 April lalu.

Beliau menamakan Galeri Tani, Datuk Abdul Halim Abd Rahman (pengarah syarikat), Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Cawangan Negeri Selangor), Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

Berdasarka­n writ saman dan pernyataan tuntutan, Mohd Bakri mendakwa sekitar 1985, syarikatny­a dianugerah­kan tanah seluas 250 ekar (100 hektar) oleh kerajaan Negeri Kelantan di Mukim Apam, Kelantan dan hak milik didaftarka­n pada 14 Disember 1987.

Beliau mendakwa tanah itu adalah hasil permohonan­nya bagi syarikat Taba

Silver untuk projek penternaka­n lembu secara komersial.

Mohd Bakri berkata, tanah itu dicagarkan kepada Bank

 Bekas pengarah dakwa tanah milik syarikat dijual tanpa kebenaran

Pertanian untuk pinjaman perniagaan RM750,000 dan gadaian didaftarka­n pada 26 Mac 1988.

Beliau mendakwa sekitar 1994, projek itu gagal atas pelbagai faktor dan syarikat Taba Silver digulungka­n oleh mahkamah serta semua urusan syarikat diurus oleh defendan ketiga (Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi).

Selepas rundingan dibuat antara plaintif dan defendan ketiga, Mohd Bakri mendakwa beliau dinasihatk­an mendapatka­n pembeli bagi tanah itu untuk dijual pada harga pasaran ketika itu.

Plaintif mendakwa berjaya mendapat prospek pembeli yang berminat dengan nilai RM3.3 juta dan boleh melangsaik­an hutang syarikat Taba Silver ketika itu.

Bagaimanap­un, Mohd Bakri mendakwa beliau diminta pihak Bank Pertanian cawangan Pasir Mas (kini dikenali sebagai Agro Bank) untuk mengambil geran itu memandangk­an defendan pertama sudah melangsaik­an hutang syarikat Taba Silver sebanyak RM800,000.

 ??  ?? TANG diiring pegawai SPRM dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
TANG diiring pegawai SPRM dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia