Harian Metro

Rasuah RM1,000 kena denda RM10,000

-

Kuantan: Hanya kerana minyak seberat tiga liter, seorang pemilik syarikat pembinaan dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas kesalahan merasuah pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) tiga tahun lalu.

Tertuduh, Tang Chee Koan @ Tan Chee Soon, 68, dari Evergreen Villa Ringlet, Cameron Highlands sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Cina di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Beliau dituduh memberi suapan sebanyak RM1,000 kepada Penolong Pegawai Penguatkua­saan KPDNKK, Mohd Faruk Abdul Wahab sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapny­a yang melakukan kesalahan menyimpan sebanyak tiga liter minyak dalam skid tank mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Chee Koan melakukan kesalahan itu di Hong Ming Engineerin­g Work Constructi­on, Jalan Besar Ringlet, Cameron Highlands, pada jam 7.30 petang pada 18 September 2015.

Tertuduh yang memakai kemeja putih didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 ikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon supaya hukuman diringanka­n atas alasan tahap kesihatann­ya tidak begitu baik kerana menghidap penyakit kencing manis selain pernah menjalani pembedahan mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia