Harian Metro

Atasi kekurangan rumah murah di kota

-

Petaling Jaya: Kerajaan dan pemaju perlu mencari penyelesai­an bersama bagi menangani masalah kekurangan rumah mampu milik di bandar raya utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Selain itu, pemaju hartanah juga perlu menumpukan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan berkepadat­an tinggi berikutan permintaan yang semakin meningkat di bandar raya utama.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar berkata, kerajaan, pihak berkuasa negeri dan agensi berkaitan perlu mengurangk­an caj pembanguna­n, pengecuali­an sumbangan modal (utiliti) dan kos penukaran tanah bagi menggalakk­an penyediaan rumah mampu milik.

“Salah satu cara untuk mengukuhka­n pasaran hartanah kediaman adalah dengan mengurangk­an pinjaman bukan perumahan seperti kad kredit, kereta dan peribadi,” katanya pada taklimat media mengenai Kaji Selidik Industri Hartanah Malaysia bagi separuh kedua 2017 dan Tinjauan Hartanah 2018 di sini, semalam.

FD Iskandar berkata, peningkata­n hutang isi rumah adalah masalah utama pinjaman rumah berharga RM500,000 dan ke bawah ditolak.

“Ia satu isu sebenar. Bekalan rumah mampu milik tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, walaupun gaji tidak berkembang, ia memerlukan tahap produktivi­ti dan daya saing yang tinggi bagi meningkatk­annya.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah penduduk Malaysia ketika ini adalah 33 juta orang dengan purata empat orang tinggal dalam sebuah rumah.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan juta rumah mampu milik tahun ini. Namun berdasarka­n unjuran semasa, projek perumahan mampu milik adalah lima juta unit, terdiri daripada empat juta unit oleh pemaju dan sejuta unit daripada kerajaan,” katanya. Walaupun mata wang kripto tidak digunakan atau sah diperlakuk­an secara meluas, penjenayah siber kini mula mengambil kesempatan menggunaka­n sistem untuk mencipta aliran pendapatan baru yang boleh menjana keuntungan lebih tinggi.

cryptojack­ing

merujuk kepada penggunaan sumber komputer secara tidak sah bagi mendapatka­n mata wang kripto.

Pengarah Sistem Kejurutera­an Symantec Malaysia David Rajoo berkata, Laporan Ancaman Keselamata­n Internet (ISTR) bilangan ke-23 yang diterbitka­n mendapati

adalah ancaman yang semakin

Cryptojack­ing

cryptojack­ing

meningkat kepada keselamata­n siber dan peribadi.

Katanya, ia berikutan pasaran perisian berniat jahat menjadi semakin mahal dan terlalu banyak.

“Insentif keuntungan yang besar meletakkan pengguna, peranti dan organisasi dalam risiko transaksi sistem mata wang digital yang tidak sah menyalurka­n sumber daripada sistem mereka.

“Ia seterusnya menggalakk­an penjenayah memasukkan semua data daripada komputer peribadi ke pusat data yang besar,” katanya pada sesi taklimat mengenai laporan berkenaan di sini, semalam.

(ransomware)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia